Pusat Ekonomi Digital Balingian (PEDi Balingian) yang dahulunya lebih dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Balingian, Sarawak mula beroperasi pada 20 Julai 2009 dan juga merupakan salah satu Pusat Ekonomi Digital yang terdapat di Sarawak.

 

Pusat Ekonomi Digital Balingian (PEDi Balingian) ini terletak di Jalan Kampung Pulat, Pejabat Daerah Lama Balingian ia juga berdekatan dengan Sekolah Rendah SK Parish Balingian. Wujudnya Pusat Ekonomi Digital Balingian (PEDi Balingian) di sekitar Pekan Balingian ini telah membuka mata seluruh komuniti  dari peringkat umur untuk mengenali ilmu ICT dengan lebih mahir lagi. Sokongan daripada komuniti Balingian sangat menggalakan dimana komuniti disini sangat bersyukur dengan ada nya Pusat Internet seperti ini. Dengan penubuhan Pusat ini juga kaum muda mudi dapat mempelajari ICT, mencari peluang pekerjaan dalam Internet dan pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya laman portal yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital Balingian (PEDi Balingian) ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT. 

 

Pusat Ekonomi Digital Balingian (PEDi Balingian) juga merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan Kerjasama TM bhd dan MSD Digital Intelligence. Bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pi1M sebagai lokasi untuk membentuk Komuniti Berpengetahuan dalam bidang ICT dan melahirkan komuniti yang mahir ICT sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.