Program KOSPEN

Majlis Konvensyen KOSPEN 2017 yang berlangsung di Hotel Kingwood Resort Mukah  di anjurkan oleh Jabatan Kesihatan dan Jabatan KEMAS bahagian Mukah, telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Sri Dr Muhammad Leo Micheal Toyad Abdullah ahli Parlimen Mukah.Majlis konvensyen ini telah disertai peserta dari seluruh Bahagian Mukah pada 23 - 25 November 2017. Peserta KOSPEN dari daerah Balingian tidak terkecuali untuk mengikuti konvensyen tersebut, seramai 6 peserta yang mewakili daerah balingian antaranya peserta KOSPEN dari setiap kampung-kampung di daerah tersebut. Pelbagai aktiviti dijalankan semasa majlis konvesyen itu antaranya adalah Ceramah Kesihatan, pembentangan laporan KOSPEN dari setiap peserta, pertandingan tarian senaman dan pertandingan menu sihat. Peserta KOSPEN dari daerah Balingian telah mengikuti pertandingan Menu Sihat dan telah mendapat Naik Johan dalam pertandingan tersebut.