Rafeah Cafe sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang berasakan udang seperti Mee goreng udang, Nasi goreng udang dan yang menariknya di kedai ini juga terdapat laksa sarawak Udang yang sangat digemari oleh penduduk sekitar Balingian. Kedai ini telah diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu En. Saferi bersama isterinya Pn.Rafeah sejak 10tahun yang lalu.
Kedai ini terletak di Lot Pasar Baru Balingian. Antara kedai makan yang sudah wujud lama di Balingian. Di sini apa yang anda harus cuba adalah Laksa sarawak Udang pasti anda teringat sampai bila-bila.
Panduan & Hubungi :
Alamat : Lot Baru Pasar Balingian, 96350 Balingian, Sarawak
Hubungi : 019-4836506 / Whatapps - 01129923303 (En. Saferi & Pn. Rafeah bt Baker)
Masa : 7.30 Pagi - 6.00 Petang (Buka Setiap Hari)
http://balingian.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/keusahawanan#sigFreeId58502226df
Apa yang menariknya di Dapur Kampung? Tempat yang best untuk lepak terletak di tepi Sungai Balingian sambil makan sambil melihat keindahan sungai yang tenang. Mula beroperasi pada tahun 2014, Dapur kampung adalah satu-satunya kedai makan di Balingian yang beroperasi sehingga waktu malam. Pelbagai menu disajikan di kedai ini antara tarikkan utama di kedai ini adalah Udang yang sangat populer dan sering dicari-cari oleh penggemar Udang si sekitar daerah Balingian. Penggunjung yang gemar lepak pada waktu petang di sajikan dengan menu-menu ringan seperti roti bakar, kentang goreng dan pelbagai menu lain.Kedai ini terletak berhampiran Pasar lama Balingian dan mudah untuk mencari lokasi kedai tersebut. Kepada sesiapa yang berkunjung ke Balingian boleh la mencuba masakkan di Dapur Kampung.
Panduan & Hubungi :
Alamat : Pasar Lama, 96350 Balingian, Sarawak
Hubungi : 011-20983885 (En.Azizi bin Hanyut)
Masa : 6.30 Pagi - 10.00 Malam(Isnin-Sabtu), 6.30 Pagi - 6.00 Petang (Ahad)
http://balingian.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/keusahawanan#sigFreeId9975e80a24
LOGO BUTIK AIDIL AVANTE
Bermula sebagai seorang pelajar Sekolah Teknik Bintulu dalam jurusan Pembuatan pakaian, Aidil atau nama sebenarnya Aidil Rahimi bin Rani yang berasal dari Balingian, minatnya dalam bidang fesyen telah membuka jalan untuk beliau berkecimpung dalam dunia pembuatan baju serta solekkan ini. Selepas tamat sekolah teknik, beliau meneruskan pengajian di Politeknik Johor dan mengambil dalam jurusan yang sama. Hasil kerja beliau mula mendapat perhatian oleh pelanggan nya apabila hasil nya memberi kelainan kepada para pelangganya.
Bagi yang gemar berfesyen semasa majlis-majlis kenduri, perayaan dan sebagai nya boleh lah menghubungi Aidil untuk sebarang pertanyaan.
Panduan & Hubungi :
Alamat : Kuala Balingian, 96350 Balingian, Sarawak
Hubungi : 013-7375001 (En.Aidil Rahimi)
Antara hasil tangan belia:
http://balingian.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/keusahawanan#sigFreeIdb88444e5eb
Fatma Cafe & Catering mula beroperasi sejak tahun 2010, antara kedai makan yang halal yang terdapat di Pekan Balingian. Fatma Cafe juga menyediakan perkhidmatan catering di sekitar Balingian dan luar daerah antaranya adalah Mukah, menyediakan catering semasa majlis perkahwinan majlis keramaian majlis rumah terbuka dan sebagainya. Antara makanan yang di gemari oleh pengunjung yang datang ke kedai tersebut adalah Mee Goreng Udang dan menu yang berasakan udang, terdapat juga menu-menu lain yang menjadi sebutan para pengunjung yang gemar ke sana.
Apa tunggu lagi..... Jom ke Fatma Cafe Balingian
Panduan & Hubungi :
Alamat : Kampung Pulat, 96350 Balingian, Sarawak
Hubungi : 0138500701
Masa : 7.00 Pagi - 5.00 petang
http://balingian.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/keusahawanan#sigFreeId5f5ea1749c