Parang Daging & Parang Ilang

Keindahan hasil seni kraf tempatan yang pelbagai keunikan telah membuatkan pengusaha parang di Balingian menjadi tumpuan pengemar parang untuk menempah dan membeli. Pengusaha En. Mohammad Ikhwan bin Mohd Etli sudah lama bergiat dalam bidang pembuatan parang tersebut. Bermula dari hobi dan minat telah bertukar kepada perniagaan parang disebabkan parang beliau mendapat perhatian daripada komuniti setempat mahupun luar daerah Balingian.

Pertukangan parang memang terkenal sebagai satu perusahaan yang amat menguntungkan dan menjadi lambang identiti kebudayaan masyarakat di Sarawak. Walaupun kerja ini kurang glamor tetapi hasil jualan boleh mencecah ribuan ringgit. Keunikkan parang yang dihasilkan oleh en. Mohammad Ikhwan adalah bergantung kepada hulu dan sarung yang digunakan untuk menghasilkan corak-corak yang unik. Untuk sesiapa yang berminat untuk menempah parang-parang yang unik dan untuk kegunaan harian boleh la datang ke Kampung Lintang, Balingian untuk melihat sendiri parang-parang yang telah dihasilkan oleh beliau.

 

Nama pengusaha : Mohammad Ikhwan bin Mohd Etli

Alamat                  : Kampung Lintang, 96350 Balingian, Sarawak.

Hubungi                : 017-3036170