Gotong Royong Perdana Pasca Banjir, Balingian

Tarikh   : 24 Februari 2018 (Sabtu)

Tempat : Pekan Balingian

Masa     : 8.00 pagi

Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarat di sekitar Balingian ini, amalan gotong royong adalah sebagai sebahagian daripada cara hidup penduduk di sekitar kawasan ini bagi membantu meringankan kerja bak kata pepatah " Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing", Demikian juga gotong royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar dibuatnya akan menjadi lebih mudah atau senang jika dilakukan secara bersama-sama oleh penduduk setempat.

Baru-baru ni Balingian telah dilanda musibah banjir yang mengakibatkan sesetengah kawasan telah di tengelami air. Bagi meringankan kerja-kerja pembersihan di sekitar yang ditengelami air, usaha Belia Balingian bkerjasama dengan Belia Parlimen, KSRB, OneHead Balingian, Balingian Brotherhood, My Mukah Squad, Saberkas Balingian, JASA, Sukarela Bomba Balingian dan ramai lagi telah menjayakan program pembersihan dan gotong royong perdana ini.

Antara kawasan yang dibersihkan adalah Balairaya Kampung Baru, Masjid Hj. Bujang, dan Bangunan Prasekolah, Balingian. Program ini juga turut dijayakan oleh JKKK Kpg Baru, JKKK kpg Masjid dan PIBG sekolah serta guru-guru dan penduduk setempat. Syabas dan tahniah kepada semua yang telah sama-sama dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan ini di harap akan terus dijalankan pada masa akan datang. Martabatkan gotong royong sebagai satu nilai sosioekonomi dalam usaha membentuk masyarakat yang mempunyai nilai murni.