Program Malam Mesra Belia

Tarikh   : 30 Disember 2014

Tempat : Balairaya Kpg Pulat Balingian

Masa    : 8.00mlm - 11.30mlm

Program Malam Mesra Belia yang di anjurkan oleh kelab Belia kampung Pulat merupakan program yang dilaksanakan berasaskan transformasi Belia 1 Malaysia, ia juga salah satu platform terbaik untuk menyerlahkan kesepakatan golongan muda melaksanakan aktiviti yang dianjurkan dan untuk menyerlahkan keupayaan dan potensi belia di kawasan terbabit.Selain itu,program seperti ini akan membangkitkan semangat golongan muda di kawasan tersebut untuk menjalinkan kerjasama dan pastinya program ini memberi faedah kepada belia tempatan untuk mempelajari sesuatu yang baharu, bertukar-tukar idea dan pendapat ke arah memajukan potensi mereka.

Penganjuran program ini bukan saja memperkukuhkan silaturahim antara belia-belia malah turut mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.Selain mewujudkan hubungan rapat, program ini mampu menguatkan perpaduan dan persefahaman dalam kalangan belia. Sewajarnya golongan muda di Balingian memanfaatkan peluang ini untuk terus mengasah bakat dan menjalin kerjasama yang kukuh dengan belia terlibat.Pada program itu jugak pelbagai acara yang telah disediakan antaranya  adalah membabitkan kesenian dan kebudayaan yang merangkumi persembahan tarian,pertandingan karaoke, akustik dan fashion show.