60 tahun Malaysia Merdeka

Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun 2017 adalah bertemakan " NEGARAKU SEHATI SEJIWA ".

Tema NEGARAKU SEHATI SEJIWA juga dilihat menepati usaha kerajaan yang mahu memberi penekanan kepada rakyat Malaysia bahawa bukan mudah untuk mencapai kemerdekaan selain memastikan semangat bersatu padu serta muafakat terus dicapai demi kemakmuran Negara.

Sehati Sejiwa mencerminkan Kesepaduan, Kesefahaman, Kekitaan serta Kemanusian seluruh rakyat di Malaysia selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat di mana sahaja mereka berada.

Kami dari Pusat Internet 1 Malaysia Balingian mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Ke-60 tahun Malaysia. Malaysia Maju Aman dan terus Makmur. Marilah kita rakyat Malaysia Sehati Sejiwa dalam mensejahterakan negara kita menjadi negara yang mempunyai nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat yang berbilang kaum. 60 Tahun Malaysia terus hebat di mata dunia.