Aktiviti Wanita - Kursus Smart Solat

Bertempat di Surau Nur Iman kpg.Lintang, Balingian, Kursus SMART SOLAT yang dianjurkan oleh Urusetia Saudara Baru (USK) Daerah Balingian dengan kerjasama Persatuan PERKIM Cawangan Balingian. Kursus tersebut bertujuan untuk memantapkan lagi solat saudara-saudara (mualaf) baru di Daerah Balingian. Tenaga Pengajar yang dijemput adalah daripada Yadim Zon Sarawak, Daie Mohd Sahfini Jumain Berserah dan Daie Khalid Hj Badhi.

Antara aktiviti yang diadakan semasa kursus tersebut adalah tatacara mendirikan solat dengan betul, bacaan-bacaan solat yang sempurna, cara berwuduk dengan sempurna dan pelbagai lagi aktiviti yang memberi tunjuk ajar tentang kesempurnaan solat. Peserta-peserta yang terlibat adalah dari golongan mualaf seluruh Daerah Balingian dan ahli-ahli Perkim Cawangan Balingian serta penduduk setempat.