LAPORAN SEPTEMBER 2022 - PROGRAM MERDEKA 65

Tarikh     : 28 Ogos 2022

Masa      : 7.00 Pagi - 1.30 Tengahari

Lokasi    : Balairaya Kampung Pulat, Balingian

Peserta  : Komuniti Balingian

Tujuan

Setelah lebih 2 tahun tidak membuat aktiviti secara fizikal, Jawatan kuasa Biro Sosial Riadah dan Biro Pendidikan PERKIM Balingian telah bekerjasama dengan PEDi Balingian tahun ini membuat satu Program yang padat untuk mengeratkan lagi silaturahim antara ahli PERKIM dan komuniti di mana pelbagai acara telah dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah Larian Merdeka, Zumba , Mewarna dalam 3 kategori, Kuiz Merdeka Kahoot dan Sukaneka. Dalam banyak-banyak aktiviti ini, ianya dapat merapatkan lagi silaturahin antara PERKIM dan komuniti setempat khasnya. Selain itu, sedikit sebanyak memberi pengetahuan tentang Hari Kemerdekaan dan sejarah Negara kita Merdeka sejak tahun 1957. Program ini bukan sahaja disertai oleh sekitar Balingian ,bahkan PERKIM Kuala Balingian juga turut terlibat serta dalam Program ini.

Aktiviti

* Pendaftaran Peserta & Keahlian PEDi Balingian

* Larian Merdeka

* Zumba

* Pertandingan Mewarna Kanak-kanak

* Pertandingan Mewarna Dewasa

* Kuiz Kahoot Kemerdekaan

* Sukaneka

---LIHAT GAMBAR DI SINI---