Program Pemakanan Gaya Hidup Sihat

Program yang dikendali oleh jabatan KEMAS dan Masyarakat bersama klinik kesihatan Balingian adalah bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan makanan serta menu-menu sihat.

Apa itu Rabies?

 

Cara mengatasi Rabies & tindakan

Program KOSPEN

Majlis Konvensyen KOSPEN 2017 yang berlangsung di Hotel Kingwood Resort Mukah  di anjurkan oleh Jabatan Kesihatan dan Jabatan KEMAS bahagian Mukah, telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Sri Dr Muhammad Leo Micheal Toyad Abdullah ahli Parlimen Mukah.Majlis konvensyen ini telah disertai peserta dari seluruh Bahagian Mukah pada 23 - 25 November 2017. Peserta KOSPEN dari daerah Balingian tidak terkecuali untuk mengikuti konvensyen tersebut, seramai 6 peserta yang mewakili daerah balingian antaranya peserta KOSPEN dari setiap kampung-kampung di daerah tersebut. Pelbagai aktiviti dijalankan semasa majlis konvesyen itu antaranya adalah Ceramah Kesihatan, pembentangan laporan KOSPEN dari setiap peserta, pertandingan tarian senaman dan pertandingan menu sihat. Peserta KOSPEN dari daerah Balingian telah mengikuti pertandingan Menu Sihat dan telah mendapat Naik Johan dalam pertandingan tersebut.

 

KOSPEN Lan Berambeh 2018

Booth KOSPEN bersempena program Lan Berambeh 2018 anjuran Sedidik Mutiara Balingian adalah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kesihatan yang sangat di titik beratkan. 

Klinik Kesihatan Pekan Balingian

Klinik Kesihatan Balingian telah ditubuhkan pada tahun 1989. Klinik ini juga dipilih untuk melaksanakan projek Teleprimary Care (TPC) yang membolehkan pesakit dirawat melalui sistem pandang dengar tanpa perlu dihantar ke hospital bandar. Klinik Desa juga telah ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan rawatan kepada penduduk tempatan.