Paeh Udang Balingian
Paeh atau Pais merupakan salah satu jenis makanan orang Melanau dahulu kala untuk mempelbagaikan jenis hidangan makanan harian,ianya adalah makanan tradisi yang lazat apatah lagi diratah begitu saja ketika ia masih hangat. Lemak dan kemanisan rasa udang dan kelapa membantu memberi rasa hebat pada bungkusan paeh udang tersebut.
Di Balingian tidak asing lagi dengan Paeh @ Pais Udang, ianya dipanggilan Paeh udang adalah kerana udang cincang yang dicampur dengan kelapa parut dan dibungkus menggunakan daun “tigoh”(daun nipah muda) dan dipanggang sehingga masak. Menu pecah selera ini biasanya dimakan dengan sagu, dan ada juga dengan nasi panas. Paduan rasa manis, masin dan lemak menjadikan santapan ini begitu menyelerakan.
Nama pengusaha : Nurain Bt Abdullah
Alamat : Kampung Masjid, 96350 Balingian, Sarawak.
Hubungi : 014-8882287
http://balingian.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/produk-tempatan#sigFreeIdd3dbba2d5d
Parang Daging & Parang Ilang
Keindahan hasil seni kraf tempatan yang pelbagai keunikan telah membuatkan pengusaha parang di Balingian menjadi tumpuan pengemar parang untuk menempah dan membeli. Pengusaha En. Mohammad Ikhwan bin Mohd Etli sudah lama bergiat dalam bidang pembuatan parang tersebut. Bermula dari hobi dan minat telah bertukar kepada perniagaan parang disebabkan parang beliau mendapat perhatian daripada komuniti setempat mahupun luar daerah Balingian.
Pertukangan parang memang terkenal sebagai satu perusahaan yang amat menguntungkan dan menjadi lambang identiti kebudayaan masyarakat di Sarawak. Walaupun kerja ini kurang glamor tetapi hasil jualan boleh mencecah ribuan ringgit. Keunikkan parang yang dihasilkan oleh en. Mohammad Ikhwan adalah bergantung kepada hulu dan sarung yang digunakan untuk menghasilkan corak-corak yang unik. Untuk sesiapa yang berminat untuk menempah parang-parang yang unik dan untuk kegunaan harian boleh la datang ke Kampung Lintang, Balingian untuk melihat sendiri parang-parang yang telah dihasilkan oleh beliau.
Nama pengusaha : Mohammad Ikhwan bin Mohd Etli
Alamat : Kampung Lintang, 96350 Balingian, Sarawak.
Hubungi : 017-3036170
http://balingian.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/produk-tempatan#sigFreeId5cfa08c97b