Jumlah Keahlian Berdaftar di Pusat Internet Balingian Mengikut Tahun.

Pusat Internet Balingian mula beroperasi pada Julai 2009:

TAHUN

JUMLAH AHLI

2009

235

2010

208

2011

198

2012

183

2013

280

2014

199

2015

38

 2016 

42

2017

83

2018

93

2019

(Setakat Bulan Oktober)

82

JUMLAH KESELURUHAN AHLI PUSAT INTERNET BALINGIAN

 1646

SELAMAT TAPAK GAK PUSAT INTERNET BALINGIAN

 

Pusat Internet (Pi) Balingian, mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Internet merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Internet untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Objektif Pusat Internet Balingian adalah:

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pi.
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

Visi dan Misi Pusat Internet Balingian:

Visi  : Menjadikan ICT sebagai pemangkin kecemerlangan komuniti setempat.

Misi :

  • Menyediakan infrastruktur ICT yang mampu menampung semua aliran maklumat.
  • Menyediakan persekitaran ICT yang inovatif dan berkualiti.
  • Memantapkan perkhidamatan melalui teknologi ICT.

Pusat Internet Balingian menawarkan latihan/kursus/bengkel ICT kepada komuniti setempat :

  • Pengenalan asas komputer
  • Asas Internet & Emel

  • Intel Learn Program (ILP)

  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang dan lain-lain).

  • Desktop Publishing (Microsoft Office).

  • Adobe Photoshop.

  • Klik Dengan Bijak (KDB)

  • Bengkel Keusahawanan