Aktiviti Wanita - Quran Hour 2019

Penganjuran program Quran Hour 2019 oleh AJK Badan Dakwah pada 12 Julai 2019, Jumaat bertempat di Surau Nur Iman kpg.Lintang, Balingian, dianjurkan oleh Persatuan PERKIM Cawangan Balingian dan di ketuai oleh saudara en. Rashid Bin Ismail. Antara aktiviti yang diadakan semasa program tersebut adalah bacaan-bacaan ayat al-quran oleh peserta-peserta wanita perkim dari seluruh Balingian.

PERKIM Cawangan Balingian Sesi 2018/2019

Penubuhan PERKIM Cawangan Balingian adalah bertujuan untuk mempraktikkan penyebaran syiar dakwah Ismiah berdasarkan kerja-kerja kebajikan yang dilakukan terbukti telah memberi manfaat kepada semua kelompok masyarakat, sekaligus dapat meningkatkan imej islam serta menghapuskan sebarang prasangka buruk terhadap islam.

Objektif PERKIM juga adalah menjalankan semua kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma, biasiswa dan dermasiswa kepada sesiapa yang berkelayakan dan menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang golongan yang memerlukan. Selain itu, PERKIM bertindak sebagai pendakwah islamiayah kepada orang-orang islam dan bukan islam dengan cara positif dan berkesan. Ia juga menjalankan pendidikan islam menerusi media dengan memberi, mengadakan serta mengurus segala jalan yang sah di sisi undang-undang.

Ahli-ahli jawatankuasa PERKIM cawangan Balingian bagi sesi 2018/2019

 

Sedutan gambar-gambar semasa majlis Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan Balingian

Aktiviti Wanita - Bengkel Pengurusan Jenazah

Pada 20 Januari 2018 yang lalu, Urusetia Saudara Baru (USK) telah menganjurkan bengkel pengurusan jenazah (wanita) koloborasi bersama PERKIM Cawangan Balingian yang diadakan di Surau Nur Iman,Kpg Lintang Balingian. Kursus tersebut bertujuan untuk memberi ilmu berkaitan pengurusan jenazah wanita dengan lebih teliti dan tepat kepada saudara-saudara (mualaf) baru Islam di sekitar Balingian. Antara aktiviti pada bengkel tersebut adalah Cara mengendalikan Jenazah Wanita, Memandikan Jenazah, Cara Solat Jenazah dan sesi bergambar bersama tenaga pengajar dari Jabatan Agama Islam Mukah.

Aktiviti Wanita - Kursus Smart Solat

Bertempat di Surau Nur Iman kpg.Lintang, Balingian, Kursus SMART SOLAT yang dianjurkan oleh Urusetia Saudara Baru (USK) Daerah Balingian dengan kerjasama Persatuan PERKIM Cawangan Balingian. Kursus tersebut bertujuan untuk memantapkan lagi solat saudara-saudara (mualaf) baru di Daerah Balingian. Tenaga Pengajar yang dijemput adalah daripada Yadim Zon Sarawak, Daie Mohd Sahfini Jumain Berserah dan Daie Khalid Hj Badhi.

Antara aktiviti yang diadakan semasa kursus tersebut adalah tatacara mendirikan solat dengan betul, bacaan-bacaan solat yang sempurna, cara berwuduk dengan sempurna dan pelbagai lagi aktiviti yang memberi tunjuk ajar tentang kesempurnaan solat. Peserta-peserta yang terlibat adalah dari golongan mualaf seluruh Daerah Balingian dan ahli-ahli Perkim Cawangan Balingian serta penduduk setempat.

Ahli-Ahli Lembaga Urusetia Saudara Kita Daerah Balingian

Persatuan yang ditubuhkan khas untuk saudara-saudara baru (Mu'allaf) yang memeluk agama Islam di sekitar kawasan Balingian. Mu'allaf bermaksud individu yang bukan Islam yang masuk agama Islam atau orang yang baru masuk Islam yang imannya masih perlu disokong dan dikukuhkan.

Penubuhan persatuan ini adalah bertujuan untuk membantu serta membimbing saudara-saudara baru kita untuk berkongsi pengalaman, ilmu dan memberi sokongan agar mereka lebih menyayangi dan memahami serta mendalami agama Islam. 

CARTA ORGANISASI  USK BALINGIAN

Sumber : USK Balingian