Program Agihan Bubur Lambuk (BrotherhoodsXOneHeadBalingian)

Tarikh   : 11 Mei 2019 (Sabtu)

Tempat : Pasar Lama, Balingian

Masa     : 4.00 petang

Pengagihan Bubur Lambuk sempena sambutan ramadhan 2019 yang telah di jayakan oleh persatuan Belia Balingian iaitu Brotherhoods dan OneHead Balingian. Semangat kerjasama yang dipupuk para belia Balingian untuk menjayakan program ini haruslah dipuji dan menguatkan lagi silaturahim antara belia serta komuniti setempat. Semoga Program seperti ini di teruskan pada masa akan datang.

Perlawanan Persahabatan U12 Balingian VS Australia

Tarikh   : 23 November 2018 (Jumaat)

Tempat : Gelanggang Futsal, Kampung Pulat

Masa     : 3.00 petang - 4.30 petang

Perlawanan persahabatan di antara pasukan U12 Balingian dan pasukan Viking Futsal Australia U12 yang berlangsung di gelanggang futsal kampung pulat pada sebelah petang hari jumat. Majlis tersebut telah di hadiri oleh tetamu kehormat iaitu Puan Faridah bt Osman dari setiausaha jabatan ketua menteri sarawak dan tetamu-tetamu dari JKKK kpg Pulat sendiri serta barisan penggiring Futsal Australia.Rombongan dari Australia ini dalam siri jelajah ke seluruh Sarawak dalam pasa masa yang sama mereka turut berkongsi pengalaman dan bermain sambil bermesra. Tahniah kepada Belia-belia kampung pulat serta saudara Faizy Masafar dan JKKK kampung pulat kerana telah menjayakan program seperti ini dan juga program seperti ini akan diteruskan untuk masa yang akan datang.

Gotong Royong Perdana Pasca Banjir, Balingian

Tarikh   : 24 Februari 2018 (Sabtu)

Tempat : Pekan Balingian

Masa     : 8.00 pagi

Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarat di sekitar Balingian ini, amalan gotong royong adalah sebagai sebahagian daripada cara hidup penduduk di sekitar kawasan ini bagi membantu meringankan kerja bak kata pepatah " Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing", Demikian juga gotong royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar dibuatnya akan menjadi lebih mudah atau senang jika dilakukan secara bersama-sama oleh penduduk setempat.

Baru-baru ni Balingian telah dilanda musibah banjir yang mengakibatkan sesetengah kawasan telah di tengelami air. Bagi meringankan kerja-kerja pembersihan di sekitar yang ditengelami air, usaha Belia Balingian bkerjasama dengan Belia Parlimen, KSRB, OneHead Balingian, Balingian Brotherhood, My Mukah Squad, Saberkas Balingian, JASA, Sukarela Bomba Balingian dan ramai lagi telah menjayakan program pembersihan dan gotong royong perdana ini.

Antara kawasan yang dibersihkan adalah Balairaya Kampung Baru, Masjid Hj. Bujang, dan Bangunan Prasekolah, Balingian. Program ini juga turut dijayakan oleh JKKK Kpg Baru, JKKK kpg Masjid dan PIBG sekolah serta guru-guru dan penduduk setempat. Syabas dan tahniah kepada semua yang telah sama-sama dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan ini di harap akan terus dijalankan pada masa akan datang. Martabatkan gotong royong sebagai satu nilai sosioekonomi dalam usaha membentuk masyarakat yang mempunyai nilai murni.

Santai Raya Belia 2018

Tarikh   : 1 Julai 2018 (Ahad)

Tempat : Kedai Makan Dapur Kampung, Kampung Pulat

Masa     : 7.00 petang - 11.00 malam

Berkonsepkan santai raya, program ramah tamah raya bersama belia kpg pulat dan belia dari kawsan Balingian yang diadakan pada 17 syawal cukup meriah dengan pelbagai pengisian aktiviti yang sangat santai antaranya persembahan Busking dari Beliawanis serta ahli busking belia kpg pulat itu sendiri & persembahan dari tetamu jemputan yang turut menyumbangkan lagu.Turut bersama memeriahkan lagi program tersebut En. Razali wakil dari N.58 Balingian serta ahli-ahli JKKK Kpg Pulat sendiri turut sama hadir untuk menyempurnakan program ini.

Selain itu juga, program ini mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara belia dan ahli-ahli JKKK kawasan tersebut dan memupuk semangat menghormati yang lebih tua. Harapan Belia-belia Balingian adalah berharap agar program santai seperti ini akan diteruskan dan diperbanyakkan lagi untuk memperkembangkan bakat yang sedia ada.

Malam Jalinan kasih

Tarikh   : 30 Disember 2017 (Sabtu)

Tempat : Kpg Pulat Balingian

Masa     : 8.00mlm - 11.30mlm

Bersempena dengan sambutan ambang tahun 2018, pihak JKKK kpg Lintang berkerjasama dengan Kelab Belia kampung tersebut telah menganjurkan Program Malam Jalinan Kasih yang dirasmikan oleh YB Abdul Yakub Hj.Arbi, ADUN N.58 Balingian. Pada program itu juga pelbagai aktiviti disediakan anataranya adalah Pertandingan Tarian Senaman Kreatif yang terdiri daripada belia sekitar Balingian, pertandingan Idol disertai oleh golongan dewasa dan belia, persembahan Busking oleh ahli-ahli Belia Brotherhood Balingian dan pelbagai aktiviti sampingan yang lain.

Kelab Belia Kampung Lintang berharap agar program seperti ini akan di teruskan lagi untuk mewujudkan suasana harmoni dikalangan warga kampung serta mengeratkan lagi silaturahim antara golongan belia dan komuniti sekitar tersebut. Program seperti ini dapat membentuk para belia serta plafform terbaik bagi melaksanakan aktiviti yang dianjurkan. Program seperti ini dapat memberi faedah kepada belia untuk mengetuai program yang akan dianjurkan kelak.