SELAMAT TAPAK GAK PEDi BALINGIAN

 

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Balingian, mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. PEDi merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Ekonomi Digital ( PEDi ) untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Objektif Pusat Ekonomi Digital Balingian adalah:

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pi.
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

Visi dan Misi Pusat Ekonomi Digital Balingian:

Visi  : Menjadikan ICT sebagai pemangkin kecemerlangan komuniti setempat.

Misi : Mewujudkan Komuniti Bijak IT.

  • Menyediakan infrastruktur ICT yang mampu menampung semua aliran maklumat.
  • Menyediakan persekitaran ICT yang inovatif dan berkualiti.
  • Memantapkan perkhidamatan melalui teknologi ICT.

 

Pusat Ekonomi Digital Balingian menawarkan latihan/kursus/bengkel ICT kepada komuniti setempat :

  • Pengenalan asas komputer
  • Asas Internet & Emel

  • Intel Learn Program (ILP)

  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang dan lain-lain).

  • Desktop Publishing (Microsoft Office).

  • Adobe Photoshop.

  • Klik Dengan Bijak (KDB)

  • Bengkel Keusahawanan

Pusat Ekonomi Digital Balingian (PEDi Balingian) yang dahulunya lebih dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Balingian, Sarawak mula beroperasi pada 20 Julai 2009 dan juga merupakan salah satu Pusat Ekonomi Digital yang terdapat di Sarawak.

 

Pusat Ekonomi Digital Balingian (PEDi Balingian) ini terletak di Jalan Kampung Pulat, Pejabat Daerah Lama Balingian ia juga berdekatan dengan Sekolah Rendah SK Parish Balingian. Wujudnya Pusat Ekonomi Digital Balingian (PEDi Balingian) di sekitar Pekan Balingian ini telah membuka mata seluruh komuniti  dari peringkat umur untuk mengenali ilmu ICT dengan lebih mahir lagi. Sokongan daripada komuniti Balingian sangat menggalakan dimana komuniti disini sangat bersyukur dengan ada nya Pusat Internet seperti ini. Dengan penubuhan Pusat ini juga kaum muda mudi dapat mempelajari ICT, mencari peluang pekerjaan dalam Internet dan pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya laman portal yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital Balingian (PEDi Balingian) ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT. 

 

Pusat Ekonomi Digital Balingian (PEDi Balingian) juga merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan Kerjasama TM bhd dan MSD Digital Intelligence. Bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pi1M sebagai lokasi untuk membentuk Komuniti Berpengetahuan dalam bidang ICT dan melahirkan komuniti yang mahir ICT sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.