CELIK IT Q1

 NAMA : JULIANNA ULAN ANAK DAUD

 UMUR : 13 TAHUN

 AHLI  : 2021

LATAR BELAKANG

Cuti hujung tahun tidak disia-siakan oleh Julianna Ulan, berumur 12 tahun merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang tinggal di kawasan jauh dari PEDi Balingian sejauh 30KM. Ibu bapa Julianna Ulan menghantar nya untuk menimba ilmu ict bersama kakaknya. Ilmu ict sangat berguna pada masa ini bagi memudahkan pada masa akan datang.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum belajar di PEDi Balingian, saya tidak mahir menggunakan komputer dan hanya menggunakan bila menonton movies dan youtube.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Selepas mengikuti kelas komputer, kemahiran menaip dan menggunakan komputer semakin mahir, malah saya lebih mengetahui lebih dalam lagi berkaitan komputer. Semasa mengikuti kelas komputer saya di ajar menggunakan microsoft office word dan microsoft excel, selain itu saya di ajar untuk membuat emel sendiri bagi tujuan yang berfaedah.

***************************************************************************************************************************

CELIK IT Q2

 NAMA : JOSEFALISSIA AMPO TAWI

 UMUR : 18 TAHUN

 AHLI  : 2022

LATAR BELAKANG

Bagi menimba ilmu ICT, sanggup untuk ulang alik dari rumah panjang saya yang terletak di Daerah Selangau kira-kira dalam 60 KM dari PEDi Balingian. Saya ingin mengikuti kelas ICT di PEDi Balingian untuk memudahkan saya pada masa akan datang.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Saya hanya mengetahui perkara asas dalam mengendalikan komputer.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Perubahan ketara apabila sudah mempelajari dan memahami cara menggunakan komputer dengan lebih betul, sedikit sebanyak membantu saya dalam tugasan harian.

***************************************************************************************************************************

USAHAWAN Q1

 NAMA : HARMIZA JAMIL

 UMUR : 38 TAHUN

 AHLI  : 2009

LATAR BELAKANG

Memasak bukan la kepakaran tetapi sekadar untuk suka-suka menjamu keluarga dan rakan-rakan membuat saya suka untuk memasak. Sebelum ini saya hanya  "try and error" menjual hasil jualan saya, tidak sangka ianya mendapat sambutan yang baik dari kalangan rakan-rakan dan keluarga. Mula mempromosi hasil jualan menggunakan status whatapps dan mengikuti grup niaga whatapps.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum menggunakan media sosial dengan meluas hanya menjual di sekitar kampung di balingian sahaja dan tidak ramai yang mengetahui apa yang saya jual.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Selepas mengikuti kelas/ bengkel yang di anjurkan oleh PEDi Balingian, cara untuk berniaga walaupun hanya di Balingian mudah untuk saya menjual produk hasil jualan saya. Dengan hanya menggunakan media sosial seperti whatapps semakin mudah untuk saya mempromosi produk saya.

***************************************************************************************************************************

USAHAWAN AGENT TUPPERWARE & HAMPERS

 NAMA : NUR AZAM BIN SHAHDAN

 UMUR : 31 TAHUN

 AHLI  : 2017

LATAR BELAKANG

Bekerja sebagai penjawat awam di Jabatan Pertanian Mukah, Sarawak. Bermulanya minat dalam dunia perniagaan Tupperware adalah di sebabkan untuk membantu ibunya mempromosi produk tersebut semakin mendapat permintaan tinggi dari kalangan rakan-rakan sekerja nya dan permintaan ramai dari orang-orang kampung yang meminati brand tupperware ini. Pelbagai usaha di lakukan oleh beliau untuk meningkatkan lagi perniagaan ini dengan membuat hampers untuk dijadikan hadiah harijadi, hampers sukaneka, hadiah cenderamata dan sebagainya. Hampers yang dihasilkan adalah bergantung kepada bajet pelanggan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan ICT hanya menggunakan perkhidmatan PEDi untuk melayari internet, membuat tugasan dan printing sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Mengikuti kelas/bengkel usahawan yang di anjurkan oleh PEDi Balingin untuk membantu para usahawan kecil bergiat dalam aktiviti jual beli di sekitar Balingian. Banyak manfaat yang di perolehi daripada kelas/bengkel yang saya hadiri.

***************************************************************************************************************************

Celik IT

 NAMA : NURUL ARNEESHA LILY BINTI ABDULLAH

 UMUR : 43 TAHUN

 AHLI  : 2014

LATAR BELAKANG

Seorang surirumah yang sentiasa rajin untuk menimba ilmu dan menambah ilmu keagamaan walaupun dengan cara norma baru. Puan Nurul kerap datang ke Pusat Internet Komuniti Balingian sebelum ini untuk mengikuti kelas mengaji secara online disebabkan masalah capaian internet yang kurang di rumah. Mendapat bantuan dari petugas PIK Balingian untuk membantu beliau untuk menghadirkan diri ke kelas mengaji yang dibuat secara online.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Kelas mengaji yang dibuat sebelum ini adalah secara bersemuka.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Dengan adanya Pusat Internet Komuniti Balingian membantu untuk memudahkan saya menghadirkan diri secara online. Belajar cara menggunakan google meet untuk kegunaan kelas mengaji online. Disebabkan sekarang kelas mengaji bersemuka tidak dibenarkan semasa dalam tempoh PKP ini.

***************************************************************************************************************************

Celik IT

 NAMA : TRACY FEMINIE LEMIE TAWI

 UMUR : 19 TAHUN

 AHLI  : 2021

LATAR BELAKANG

Seorang lepasan pelajar dari Kolej Vokasional Sibu yang sanggup menuntut ilmu untuk belajar asa komputer di Pusat Internet Komuniti Balingian. Ingin mempelajari ilmu ICT dengan lebih mendalam lagi untuk persediaan ke alam IPT dan alam pekerjaan, pentingnya mengetahui asas komputer adalah untuk memudahkan saya mencari pekerjaan pada masa akan datang.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Kemahiran dalam bidang ICT adalah secara asas sahaja pada mulanya, hanya mengetahui beberapa asas komputer sahaja pada waktu belajar di kolej vokasional.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Selepas mengikuti kelas komputer, dengan adanya bnatuan petugas di Pusat Internet Komuniti Balingian membantu saya untuk lebih mahir dan mengetahui cara-cara penggunaan komputer dengan lebih terperinci.

***************************************************************************************************************************

Celik IT

 NAMA : CAROLINE CERENGGA ANAK FRANKY

 UMUR : 18 TAHUN

 AHLI  : 2021

LATAR BELAKANG

Mesra dengan panggilan Carol di kalangan kawan-kawannya, merupakan pelajar yang bertekad untuk mengikuti sesi pembelajaran ICT di Pusat Internet Komuniti Balingian. Walaupun jarak ke Pusat Internet Komuniti Balingian agak jauh dari tempat tinggal nya tetapi semangatnya untuk menimba ilmu ICT sangat tinggi. Selepas tamat sekolah menengah ini, Coral telah menjadi stokies barangan kosmetik & menjual ny di sekitar2 tempat tinggal nya secara kecilan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Pengetahuan dalam bidang ICT adalah perkara asas sahaja saya ketahui seperti menaip, tetapi tidak la secara mendalam dan perlu ada kemahiran lain barulah senang untuk saya mencari pekerjaan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Dengan adanya Pusat Internet Komuniti Balingian ini membantu saya untuk belajar dengan lebih mendalam lagi ilmu berkaitan ICT, kelas yang saya ikuti iaitu kelas Pengenalan Komputer dan Asas Microsoft Office sangat berguna untuk saya. Banyak yang saya belajar dan ketahui setelah mengikuti kelas ini.

***************************************************************************************************************************