USAHAWAN BIG BOSS BURGER BALINGIAN

 NAMA : SYAHADATUL ASMIDA BINTI SHARI

 UMUR : 27 TAHUN

 AHLI  : 2010

LATAR BELAKANG

Syahadatul Asmida atau lebih di kenali sebagai panggilan Ida merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah. Bermulanya minat dalam perniagaan usahawan kecilan ini adalah kerana family ny mempunyai mini market dan beliau sedikit demi sedikit memulakan perniagaannya sendiri. Usia yang masih muda menguatkan lagi semangatnya untuk terus memulakan perniagaan Burger nya secara kecil-kecilan sahaja walaupun hanya menghabiskan sekolah di peringkat sekolah menengah sahaja.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan ICT hanya menggunakan media poster ataupun mulut ke mulut bagi tujuan promosi. Penjualan burger hanya di sekitar pekan Balingian sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Promosi yang lebih meluas apabila menggunakan media sosial seperti Facebook, grup Whatapps,  grup Telegram dan penghasilan Poster yang lebih kreatif membantu perniagaan saya di kenali oleh komuniti di luar Balingian.

***************************************************************************************************************************

USAHAWAN AGENT PRODUK KECANTIKAN CHARMS

 NAMA : MILA BINTI ATIM

 UMUR : 26 TAHUN

 AHLI  : 2009

LATAR BELAKANG

Bermulanya minat dalam dunia usahawan apabila terkesan akibat pandemic Covid-19 ini, Puan Mila mengambil alternative lain untuk membantu keluarganya dengan mengambil langkah untuk menambah pendapatan dengan cara menjual produk kecantikkan. Usaha yang gigih telah membantu beliau menjadi dropship Produk Charms kategori Ruby Dropship di Bahagian Mukah dan Balingian. Siapa sangka usaha dalam beberapa bulan ini telah membuahkan hasil untuk diri nya sendiri, bak kata orang " Tuah Ayam nampak di kaki Tuah Manusia Siapa yang Tahu".

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan ICT memang tidak dinafikan agak susah untuk beliau memulakan bisnes ini walaupun hanya sebagai dropship. Perlu ada kemahiran ICT walaupun hanya secara asas sahaja dan perlu ada asa dalam usahawan online untuk memudahkan beliau mempromosi secara dalam talian.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Mengikuti bengkel usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Balingian dan mempelajari cara lebih teratur untuk mempromosi produk jualan yang telah saya jual. Walaupun berada di rumah saya sudah tahu cara mempromosi produk saya.

***************************************************************************************************************************

USAHAWAN JAHITAN BAJU FESYEN

 NAMA : EMMA BINTI HAMDAN

 UMUR : 35 TAHUN

 AHLI  : 2019

LATAR BELAKANG

Tiada yang mustahil jikalau kita rajin pada zaman sekaramg ini, dengan kemudahan semua di hujung jari.Begitu juga kisah seorang surirumah yang menjalankan bisnes menjahit pakaian, langsir dan pelbagai lagi jahitan yang beliau hasilkan. Bermulanya minat menjahit dari memasuki sekolah vokasional di Bintulu telah membuat beliau nekad untuk meneruskan kerjaya ini sebagai sumber rezeki beliau. Sangat gemar membuat baju-baju fesyen untuk anak nya dan dari situ pelanggan nya mula berminat untuk menempah dengan beliau.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum ini Puan Emma hanya mengharapkan ilmu yang dipelajarinya di Sekolah Vokasional sahaja, berpandukan buku dan nota-nota yang di pelajari ny semasa sekolah. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Internet memudahkan Puan Emma untuk mendapatkan ilmu jahitan dengan lebih meluas lagi. Mendapat sumber daripada facebook, youtube dan sumber-sumber dari internet yang lain memudahkan Puan Emma mendapat cara-cara dan ilmu yang baru dalam jahitan. Tempahan dalam baju-baju fesyen semakin di minati oleh pelanggan tetap nya.

***************************************************************************************************************************

Celik IT

 NAMA : MARIA BINTI SAMIH

 UMUR : 15 TAHUN

 AHLI  : 2020

LATAR BELAKANG

Maria merupakan seorang yang sangat pendiam, dalam kalangan kawan-kawannya beliau hanya suka senyum dan tidak banyak bercakap

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Penguasaan dalam ICT masih di tahap yang lemah, menggunakan enjin carian dan menaip masih agak lambat.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Selepas ibu nya mendaftar kelas Komputer di Pusat Internet Balingian, beliau sedikit sebanyak mahir dalam menggunakan komputer dan kemahiran menaip agak ketara perubahannya dengan yang sebelum ini.

***************************************************************************************************************************

USAHAWAN AGENT LIVING YOUNG DAN TUPPERWARE

 NAMA : NUR AZAM BIN SHAHDAN

 UMUR : 30 TAHUN

 AHLI  : 2017

LATAR BELAKANG

Bekerja sebagai kakitangan kerajaan di Jabatan Pertanian, bermulanya minat dalam dunia usahawan apabila beliau dia ajak oleh kawan-kawannya yang menjalankan perniagaan di dalam talian. Menjadi agent tupperware di sekitar Balingian bermula apabila beliau ingin meneruskan bisnes yang sebelum ini ibunya yang menjalankan. Apabila bisnes kecil-kecilan nya mendapat sambutan minat nya semakin tinggi dan meneruskan nya untuk menjadi agent Living Young.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Penglibatan bersama pusat internet Balingian dalam program seperti kelas usahawan dan sebagainya tidak pernah sekali mengikuti kerana saya beranggapan ianya hanyalah tempat untuk melayari internet dan untuk perkhidmatan print serta fotostat sahaja. Bagi saya satu kerugian sebab tidak mengetahui lebih awal yang pusat internet Balingian ada membuat program usahawan untuk komuniti.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Saya mula mengikuti kelas/bengkel usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Balingian dan mempelajari cara lebih teratur untuk mempromosi produk jualan yang telah saya jual. Banyak manfaat yang saya dapat daripada kelas serta bengkel yang di jalankan. Lebih banyak jualan yang saya dapat hasil daripada promosi melalui laman sosial serta memudahkan saya untuk membuat urusan penjualan.

***************************************************************************************************************************