USAHAWAN AGENT/DROPSHIP/STOKIES 

 NAMA : MASRIZA BINTI ROSMAN

 UMUR : 26 TAHUN

 AHLI  : 2010

LATAR BELAKANG

Seorang ibu mempunyai 3 orang anak dan merupakan surirumah sepenuh masa, Puan Masriza tidak ketinggalan untuk menjinakkan diri dalam bidang perniagaan secara online. Setelah 2 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan ini telah membuatkan beliau menjual pelbagai jenis produk kecantikkan dan makanan antaranya adalah seperti Chocojar Ayaiiee dan produk Sugarbomb yang semakin viral pada masa ini.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Kehidupan dalam dunia IT sekarang memang sangat memerlukan penggunaan internet dan kita perlu mempelajarinya. Dalam dunia perniagaan ini jika kita tidak mengetahui cara bagaimana menggunakan ilmu ICT maka tidak la berjalan dengan lancar perniagaan kita lagi2 yang melibatkan perniagaan online. Sebelum mengetahui bagaimana cara berniaga online agak susah untuk mendapatkan pelanggan untuk mendapatkan jualan produk.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Apabila ilmu usahawan online telah dipelajari sedikit demi sedikit tahu bagaimana berjual secara online. Perniagaan terus berkembang dan hasil pul mula memberangsangkan. Sangat luar biasa dan memuaskan. Pada waktu ini saya mula berjinak menggunakan platform seperti Yezza & Shoppe. Diharap pada masa akan datang terus berkembang maju...amin...

***************************************************************************************************************************