USAHAWAN JUALAN MAKANAN ONLINE

 NAMA : HAJANAH BINTI IMOK

 UMUR : 41 TAHUN

 AHLI  : 2018

LATAR BELAKANG

Minat dalam masakkan membuatkan beliau berusaha untuk membuka kedai makan di Balingian. Berkerja sebagai tukang masak di Fatma Cafe Balingian telah membuktikan masakkan beliau sangat digemari oleh pelanggan setia nya. Semenjak PKP di laksanakan semua kedai makan tidak beroperasi seperti biasanya, dari situ niat untuk membuat jualan makanan secara atas talian telah digunakan beliau untuk mencari rezeki sepanjang tempoh PKP di jalankan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Perniagaan Sebelum mengetahui ilmu ICT tidak la seberapa mana yang saya dapat, membuat hebahan berkaitan perniagaan saya hanya lah melalui mulut ke mulut sahaja dan kewujudan perniagaan saya ini tidak lah diketahui ramai hanya sekitar Balingian sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Dengan adanya Kemudahan yang sedia ada seperti Pusat internet Balingian sangat memudahkan kerja saya dalam memajukan perniaga kecil kecilan ini menjadi sangat berkembang, belajar sedikit demi sedikit ilmu ict daripada petugas Pusat Internet Balingian seperti cara mempromosi perniagaan dengan menggunakan aplikasi Dashboard komuniti, cara menghasikan iklan yang cantik dan berkesan dan memudahkan pengiklanan melalui media masa yang sangat cepat dan berbaloi.

 

***************************************************************************************************************************

CELIK IT

 NAMA : KORINA BINTI THOMAS

 UMUR : 18 TAHUN

 AHLI  : 2020

LATAR BELAKANG

Seorang belia yang mempunyai perwatakan yang ceria, suka bergaul dan ringan tulang. Anak perempuan sulong dari 4 orang adik beradik. Sementara menunggu keputusan SPM, Korina mengikuti program ICT yang di anjurkan oleh Pusat Internet Balingian bersama rakan-rakannya yang lain.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum melibatkan diri di Pusat Internet, saya sering kali mendengar dari penduduk kampung berkaitan pembelajaran ICT di Pusat Internet Balingian. Saya tidak perlu ke bandar untuk menghadiri kelas komputer kerana ianya agak jauh dan perlu kos yang lebih untuk saya gunakan. Sekarang di Balingian sudah ada kemudahan yang telah di sediakan, sebelum ini saya hanya datang ke Pusat Internet bila ingin mencari maklumat. Ketika itu ramai rakan-rakan saya dari rumah panjang sekitar Balingian mendaftar untuk kelas komputer dan saya agak tertarik dan mula mendaftarkan nama saya untuk sesi kelas komputer yang seterusnya.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Bidang ICT bukan la benda baru bagi saya, kerana di sekolah menengah saya mengikuti kelas ict yang di sediakan oleh sekolah. Walaupun agak mahir dalam menaip, tetapi ada sedikit benda yang berkaitan ict yang saya masih kurang fasih seperti penggunakan Microsoft Office khasnya. Saya mengambil langkah untuk mempelajari microsoft office supaya mudah untuk saya mendapatkan perkerjaan kerana zaman sekarang ilmu komputer adalah sangat berguna. Di Pusat Internet Balingian, mereka bukan sahaja membantu para pelajar seperti kami untuk fasih komputer malah mereka akan memberi pelbagai ilmu ict yang sangat berguna kepada kami. Suasana yang selesa di Pusat tersebut memudahkan saya untuk cepat memahami segala ilmu yang di pelajari. Untuk menguji prestasi kami, kami telah di sediakan penilaian akhir untuk setiap bab yang di pelajari dan pembentangan powerpoint untuk melihat sejauh mana kemampuan kami bercakap di depan orang satu hari nanti.

 

***************************************************************************************************************************

USAHAWAN KEDAI GUNTING ONE HEAD BALINGIAN

 NAMA : MOHAMAD AZROZAIN BIN ABDUL LATIP

 UMUR : 37 TAHUN

 AHLI  : 2017

 

LATAR BELAKANG

Encik Mohamad Azrozain atau lebih mesra disapa dengan panggilan Abang Ro di kalangan belia-belia di sekitar sini adalah seorang yang aktif dan kreatif dengan idea yang bagus untuk membantu anak-anak belia sekitar Balingian ini. Berkongsi minat dengan rakan-rakannya untuk membuat perniaga seperti Car wash & kedai gunting di sini mendapat sambutan penduduk di sekitar Balingian.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum mengetahui ilmu ICT, semua kerja yang sala lakukan adalah secara manual. Segala kerja-kerja menaip surat, printing dan yang melibatkan pengiklanan peniagaan saya dilakukan oleh kawan-kawan yang pandai ICT.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Kemudahan yang sedia ada di Pusat internet Balingian sangat menyenangkan kerja saya, tidak perlu untuk saya ke bandar yang jaraknya agak jauh dr kawasan saya. Bila mengetahui ilmu ICT ini dapat membantu saya meningkatkan lagi promosi perniagaan saya dan kawan-kawan saya.

 

 

***************************************************************************************************************************

USAHAWAN ROJAK HOMEMADE

 NAMA : SANIAH BINTI WAHAB

 UMUR : 57 TAHUN

 AHLI  : 2013

LATAR BELAKANG

Seorang suri rumah sepenuh masa yang menjalankan perniaga kecil-kecil pada mulanya. Puan Seniah Wahab atau lebih dikenali dengan panggilan sebagai Chik Niah, sudah lama menjalankan perniaga seperti Rojak yang sangat digemari warga di sini. Selain itu, puan Seniah juga menjalankan perniaga Catering bagi yang ingin menggunakan perkhidmatan Catering halal boleh menggunakan perkhidmatan beliau.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

 

Perniagaan saya adalah hanya di kalangan orang-orang kampung sekitar Balingian sahaja dan agak terhad, sambutan terhadap barangan jualan agak kurang memberangsangkan. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat seperti resipi dan hebahan jualan agak susah untuk saya dapat serta lakukan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Apabila sudah mengenali dunia IT, sedikit sebanyak tahu cara menggunakan komputer & smartphone untuk membuat pengiklanan secara dlm talian sedikit sebanyak meningkatkan hasil jualan saya. Sambutan terhadap jualan semakin tinggi dan pembeli dari sekitar luar Balingian pun turut membeli. Dengan lmu ict yang ada dapat memudahkan saya mencari resipi-resipi yang baru di internet.

***************************************************************************************************************************

CELIK IT

 NAMA : BIDAH ANAK UBA

 UMUR : 48 TAHUN

 AHLI  : 2019

 

LATAR BELAKANG

Mulanya hanya ingin menghantar anak dan anak saudara untuk mengikuti kelas komputer di Pusat Internet Balingian, tertarik melihat anak-anak belajar dan membuat latihan komputer menyebabkan beliau ingin mengikuti kelas komputer tersebut. Pada kelas pertama beliau telah di ajarkan mengenai cara menaip dengan betul serta penerangan berkaitan dengan komputer.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Puan Bidah pernah mengikuti kursus yang melibatkan komputer tetapi masih ragu-ragu untuk menggunakan komputer dan masih janggal untuk menggerakan tetikus serta cara menaip agak lambat dan tercari-cari kekunci abjad serta nombor.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sedikit sebanyak puan Bidah sudah mampu untuk menaip sendiri seperti menaip surat rasmi untuk komuniti di rumah panjang beliau. Dengan adanya kelas komputer seperti ini memudahkan saya untuk mengenal serta belajar menggunakan komputer dengan cara yang betul.

 

 

***************************************************************************************************************************