USAHAWAN JUALAN MAKANAN ONLINE

 NAMA : HAJANAH BINTI IMOK

 UMUR : 41 TAHUN

 AHLI  : 2018

LATAR BELAKANG

Minat dalam masakkan membuatkan beliau berusaha untuk membuka kedai makan di Balingian. Berkerja sebagai tukang masak di Fatma Cafe Balingian telah membuktikan masakkan beliau sangat digemari oleh pelanggan setia nya. Semenjak PKP di laksanakan semua kedai makan tidak beroperasi seperti biasanya, dari situ niat untuk membuat jualan makanan secara atas talian telah digunakan beliau untuk mencari rezeki sepanjang tempoh PKP di jalankan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Perniagaan Sebelum mengetahui ilmu ICT tidak la seberapa mana yang saya dapat, membuat hebahan berkaitan perniagaan saya hanya lah melalui mulut ke mulut sahaja dan kewujudan perniagaan saya ini tidak lah diketahui ramai hanya sekitar Balingian sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Dengan adanya Kemudahan yang sedia ada seperti Pusat internet Balingian sangat memudahkan kerja saya dalam memajukan perniaga kecil kecilan ini menjadi sangat berkembang, belajar sedikit demi sedikit ilmu ict daripada petugas Pusat Internet Balingian seperti cara mempromosi perniagaan dengan menggunakan aplikasi Dashboard komuniti, cara menghasikan iklan yang cantik dan berkesan dan memudahkan pengiklanan melalui media masa yang sangat cepat dan berbaloi.

 

***************************************************************************************************************************