USAHAWAN ROJAK HOMEMADE

 NAMA : SANIAH BINTI WAHAB

 UMUR : 57 TAHUN

 AHLI  : 2013

LATAR BELAKANG

Seorang suri rumah sepenuh masa yang menjalankan perniaga kecil-kecil pada mulanya. Puan Seniah Wahab atau lebih dikenali dengan panggilan sebagai Chik Niah, sudah lama menjalankan perniaga seperti Rojak yang sangat digemari warga di sini. Selain itu, puan Seniah juga menjalankan perniaga Catering bagi yang ingin menggunakan perkhidmatan Catering halal boleh menggunakan perkhidmatan beliau.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

 

Perniagaan saya adalah hanya di kalangan orang-orang kampung sekitar Balingian sahaja dan agak terhad, sambutan terhadap barangan jualan agak kurang memberangsangkan. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat seperti resipi dan hebahan jualan agak susah untuk saya dapat serta lakukan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Apabila sudah mengenali dunia IT, sedikit sebanyak tahu cara menggunakan komputer & smartphone untuk membuat pengiklanan secara dlm talian sedikit sebanyak meningkatkan hasil jualan saya. Sambutan terhadap jualan semakin tinggi dan pembeli dari sekitar luar Balingian pun turut membeli. Dengan lmu ict yang ada dapat memudahkan saya mencari resipi-resipi yang baru di internet.

***************************************************************************************************************************