CELIK IT

 NAMA : HARUN BIN ULIS

 UMUR : 51 TAHUN

 AHLI  : 2013

LATAR BELAKANG

Seorang Ketua Kampung yang sporting, walaupun sibuk dengan komitmen masing-masing beliau seorang yang sentiasa menyokong program di Pusat Internet Balingian. Kali ini beliau telah mengikuti program Keyboard Warrior anjuran Pusat Internet Balingian di mana program ini mengajar mereka cara bagaimana untuk menghasilkan Surat Rasmi, kertas kerja dan Minit Mesyuarat yang betul mengikut format.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Hanya mengharapkan anak-anak untuk membuat segala kerja yang melibatkan menaip, dan masih teragak-agak untuk menaip surat dan kerja-kerja yang lain.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sedikit sebanyak saya dapat menaip menggunakan komputer, dan tidak menyusahkan anak-anak saya lagi. Zaman sekarang ilmu ICT sangat berguna bukan sekadar anak-anak zaman sekarang sahaja yang perlu peka dengan ilmu ICT ini, kita yang sudah dewasa dan warga emas ini perlu tahu juga untuk memudahkan urusan di kemudian hari.

 

***************************************************************************************************************************