CELIK IT

 NAMA : BIDAH ANAK UBA

 UMUR : 48 TAHUN

 AHLI  : 2019

 

LATAR BELAKANG

Mulanya hanya ingin menghantar anak dan anak saudara untuk mengikuti kelas komputer di Pusat Internet Balingian, tertarik melihat anak-anak belajar dan membuat latihan komputer menyebabkan beliau ingin mengikuti kelas komputer tersebut. Pada kelas pertama beliau telah di ajarkan mengenai cara menaip dengan betul serta penerangan berkaitan dengan komputer.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Puan Bidah pernah mengikuti kursus yang melibatkan komputer tetapi masih ragu-ragu untuk menggunakan komputer dan masih janggal untuk menggerakan tetikus serta cara menaip agak lambat dan tercari-cari kekunci abjad serta nombor.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sedikit sebanyak puan Bidah sudah mampu untuk menaip sendiri seperti menaip surat rasmi untuk komuniti di rumah panjang beliau. Dengan adanya kelas komputer seperti ini memudahkan saya untuk mengenal serta belajar menggunakan komputer dengan cara yang betul.

 

 

***************************************************************************************************************************