CELIK IT

 NAMA : KORINA BINTI THOMAS

 UMUR : 18 TAHUN

 AHLI  : 2020

LATAR BELAKANG

Seorang belia yang mempunyai perwatakan yang ceria, suka bergaul dan ringan tulang. Anak perempuan sulong dari 4 orang adik beradik. Sementara menunggu keputusan SPM, Korina mengikuti program ICT yang di anjurkan oleh Pusat Internet Balingian bersama rakan-rakannya yang lain.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum melibatkan diri di Pusat Internet, saya sering kali mendengar dari penduduk kampung berkaitan pembelajaran ICT di Pusat Internet Balingian. Saya tidak perlu ke bandar untuk menghadiri kelas komputer kerana ianya agak jauh dan perlu kos yang lebih untuk saya gunakan. Sekarang di Balingian sudah ada kemudahan yang telah di sediakan, sebelum ini saya hanya datang ke Pusat Internet bila ingin mencari maklumat. Ketika itu ramai rakan-rakan saya dari rumah panjang sekitar Balingian mendaftar untuk kelas komputer dan saya agak tertarik dan mula mendaftarkan nama saya untuk sesi kelas komputer yang seterusnya.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Bidang ICT bukan la benda baru bagi saya, kerana di sekolah menengah saya mengikuti kelas ict yang di sediakan oleh sekolah. Walaupun agak mahir dalam menaip, tetapi ada sedikit benda yang berkaitan ict yang saya masih kurang fasih seperti penggunakan Microsoft Office khasnya. Saya mengambil langkah untuk mempelajari microsoft office supaya mudah untuk saya mendapatkan perkerjaan kerana zaman sekarang ilmu komputer adalah sangat berguna. Di Pusat Internet Balingian, mereka bukan sahaja membantu para pelajar seperti kami untuk fasih komputer malah mereka akan memberi pelbagai ilmu ict yang sangat berguna kepada kami. Suasana yang selesa di Pusat tersebut memudahkan saya untuk cepat memahami segala ilmu yang di pelajari. Untuk menguji prestasi kami, kami telah di sediakan penilaian akhir untuk setiap bab yang di pelajari dan pembentangan powerpoint untuk melihat sejauh mana kemampuan kami bercakap di depan orang satu hari nanti.

 

***************************************************************************************************************************