USAHAWAN SEWAAN BOT/PERAHU UNTUK KEGIATAN MEMANCING

 NAMA : AZIZI BIN HANYUT

 UMUR : 46 TAHUN

 AHLI  : 2010

 

LATAR BELAKANG

Azizi atau lebih dikenali sebagai Abang Iji merupakan seorang kaki pancing, oelh kerana minat terhadap aktiviti memancing ini beliau membuat satu perkhidmatan sewaan bot/perahu serta menawarkan sekali perkhidmatan memandu bot bagi kaki pancing luar dari daerah Balingian. Bagi yang ingin merasai sendiri memancing di lubok udang boleh la menghubungi beliau terus untuk membuat tempahan bot/perahu dengan harga yang berpatutan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan dalam dunia ICT, perkhidmatan sewaan ini agak kekurangan dan hanya di sewa oleh kaki pancing di sekitar Balingian sahaja serta kenalan-kenalan rapat saja, kerana hampir semua penduduk Balingian mempunyai bot/perahu dengan sewaan yang sama.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Dengan adanya Pusat Internet Balingian, Beliau telah di beri pendedahan oleh petugas Pusat Internet cara bagaimana untuk membuat pendapatan dengan menggunakan ilmu ICT dan kelas usahawan yang di sediakan di sana. Setelah membuat promosi di dalam laman sosial dan sebagainya, perkhidmatan sewaan bot/perahu beliau agak memberangsangkan dan memudahkan lagi penggemar aktiviti memancing di luar mahupun dalam Balingian membuat tempahan sewaan apa bila musim udang di Balingian.

 

***************************************************************************************************************************