Celik IT

 NAMA : ANNA CLAUDIA BINTI HENERY

 UMUR : 19 TAHUN

 AHLI  : 2012

LATAR BELAKANG

Anna merupakan pelajar lepasan sekolah menengah di Mukah, yang sekarang ini membantu ibu nya berniaga secara kecil-kecilan di pekan Balingian.Sementara menanti keputusan untuk melanjutkan pelajaran, beliau menghadiri kelas Komputer di sini. Bagi memastikan ianya tidak ketinggalan dalam dunia ICT, beliau telah mengikuti kelas ICT yang di anjurkan oleh Pusat Internet Balingian.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Hanya mengetahui cara penggunaan komputer secara am sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Selesai sahaja kelas ICT yang di ikutinya,membantunya dalam lebih mahir menggunakan komputer serta memudahkan nya melalukan kerja-kerja seperti menaip menggunakan Microsoft Word, penyimpanan data dan record akuan menggunakan microsoft excel dengan lebih mendalam. Selain itu, penghantaran document menggunakan emel & carian pekerjaan melalui internet memudahkan lagi urusan saya.

***************************************************************************************************************************

USAHAWAN SUGAR BOMB STOKIES 

 NAMA : AL RAMIAH BINTI ABDUL HALIM

 UMUR : 21 TAHUN

 AHLI  : 2020

LATAR BELAKANG

Mula menjinakan diri dalam dunia perniaga semenjak di bangku sekolah lagi, membantu ibu saudaranya menjalankan perniagaan kedai makan di Pasar Balingian dan dari situ lah niat beliau untuk memulakan perniagaan nya secara kecil-kecilan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Jualan pelbagai produk yang di jual hanya melalui mulut ke mulut dan melalui rakan-rakan yang dekat sedikit sebanyak membantu produknya terjual di kawasan Balingian sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Pada awl bulan yang lalu, saya mula mengikuti kelas/bengkel usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Balingian. Banyak ilmu yang saya dapat hasil daripada mengikuti bengkel tersebut antaranya, cara mempromosi jualan melalui media sosial, akaun jualan seprti Shoppee & Yezza. Selain itu juga, cara merekod hasil jualan yang lebih sistematik dan memudahkan saya membuat semakan barangan jualan saya.

***************************************************************************************************************************

Celik IT

 NAMA : PATRICIA JESSE ANAK EDWIN

 UMUR : 18 TAHUN

 AHLI  : 2020

LATAR BELAKANG

Seorang remaja yang ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading. Sambil menunggu keputusan SPM, beliau sering membantu keluarganya di kedai runcit milik Mak cik nya.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Tahu menggunakan aplikasi yang melibatkan ICT tetapi tidak la sepenuhnya mengetahui cara penggunaannya.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Selepas 2 bulan lebih mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Balingian, saya dapat mendalami ilmu ICT yang sebelum ini memang tidak saya ketahui. Saya juga berharap dengan adanya bekalan ilmu dapat memudahkan saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya.

***************************************************************************************************************************

USAHAWAN AGENT/DROPSHIP/STOKIES 

 NAMA : MASRIZA BINTI ROSMAN

 UMUR : 26 TAHUN

 AHLI  : 2010

LATAR BELAKANG

Seorang ibu mempunyai 3 orang anak dan merupakan surirumah sepenuh masa, Puan Masriza tidak ketinggalan untuk menjinakkan diri dalam bidang perniagaan secara online. Setelah 2 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan ini telah membuatkan beliau menjual pelbagai jenis produk kecantikkan dan makanan antaranya adalah seperti Chocojar Ayaiiee dan produk Sugarbomb yang semakin viral pada masa ini.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Kehidupan dalam dunia IT sekarang memang sangat memerlukan penggunaan internet dan kita perlu mempelajarinya. Dalam dunia perniagaan ini jika kita tidak mengetahui cara bagaimana menggunakan ilmu ICT maka tidak la berjalan dengan lancar perniagaan kita lagi2 yang melibatkan perniagaan online. Sebelum mengetahui bagaimana cara berniaga online agak susah untuk mendapatkan pelanggan untuk mendapatkan jualan produk.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Apabila ilmu usahawan online telah dipelajari sedikit demi sedikit tahu bagaimana berjual secara online. Perniagaan terus berkembang dan hasil pul mula memberangsangkan. Sangat luar biasa dan memuaskan. Pada waktu ini saya mula berjinak menggunakan platform seperti Yezza & Shoppe. Diharap pada masa akan datang terus berkembang maju...amin...

***************************************************************************************************************************

USAHAWAN AGENT/DROPSHIP PRODUK KECANTIKAN & COOKIES

 NAMA : NORDIANA BINTI HAMZAH

 UMUR : 18 TAHUN

 AHLI  : 2020

LATAR BELAKANG

Setelah tamat sekolah di tingkatan 5, sambil menunggu keputusan SPM beliau memulakan peniaga secara kecil-kecilan di dalam talian. Pelbagai produk dan barangan di jual melalui laman sosial dan zaman sekarang sangat mudah untuk melalukan peniagan hanya menggunakan media sosial untuk mempromosi produk.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Menjadi agent/dropship bagi sesuatu produk bukan la perkara yang mudah.Memerlukan kemahiran berkomunikasi,pengiklanan produk yang jelas serta menarik minat pelanggan untuk membeli produk kita sangat la susah tanpa adanya kemahiran ICT. Saya hanya menggunakan iklan melalui flayers, berjumpa secara terus dengan pembeli kadang-kadang tidak membuahkan hasil. Tanpa adanya media sosial atau aplikasi seperti dashboard komuniti belum cukup untuk saya mengpromosi produk saya.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Setelah mengikuti bengkel usahawan di Pusat Internet Balingian, petugas di sana membantu saya dalam menghasilakan iklan produk jualan saya dengan mengajar cara iklan di Whatapps, Facebook, Dashboard Komuniti dan banyak lagi media-media yang telah saya pelajari dari petugas Pusat Internet Balingian.

 

***************************************************************************************************************************