USAHAWAN AGENT PINKLADY

 NAMA : JAUYAH BINTI YUSOF

 UMUR : 35 TAHUN

 AHLI  : 2019

 

LATAR BELAKANG

Sebelum beliau menjadi seorang guru tadika, Puan Jauyah sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Balingian untuk mencari maklumat seperti resipi kerana sebelum ini beliau menjual pelbagai jenis kuih muih. Setelah menjadi guru tadika beliau berjinak-jinak menjadi agent pelbagai jenis produk pada masa ini iaitu Pinklady.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum mengenali dunia internet, memang agak susah untuk mempromosi produk kepada pengguna, mengakui agak penat dan payah untuk mencari pelanggan atau pun pengguna pada waktu itu adalah bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi usahawan berjaya, demi minat berniaga semua itu adalah sebagai pengalaman sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Perubahan zaman mengubah segalanya, di zaman sekarang perlu hebat dalam menggunakan gajet ataupun komputer untuk kegunaan sendiri. Teknologi sekarang telah banyak membantu dalam memajukan perniaga saya mahupun dari segi promosi dan menambah pendapatan.

 

***************************************************************************************************************************

USAHAWAN SEWAAN BOT/PERAHU UNTUK KEGIATAN MEMANCING

 NAMA : AZIZI BIN HANYUT

 UMUR : 46 TAHUN

 AHLI  : 2010

 

LATAR BELAKANG

Azizi atau lebih dikenali sebagai Abang Iji merupakan seorang kaki pancing, oelh kerana minat terhadap aktiviti memancing ini beliau membuat satu perkhidmatan sewaan bot/perahu serta menawarkan sekali perkhidmatan memandu bot bagi kaki pancing luar dari daerah Balingian. Bagi yang ingin merasai sendiri memancing di lubok udang boleh la menghubungi beliau terus untuk membuat tempahan bot/perahu dengan harga yang berpatutan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan dalam dunia ICT, perkhidmatan sewaan ini agak kekurangan dan hanya di sewa oleh kaki pancing di sekitar Balingian sahaja serta kenalan-kenalan rapat saja, kerana hampir semua penduduk Balingian mempunyai bot/perahu dengan sewaan yang sama.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Dengan adanya Pusat Internet Balingian, Beliau telah di beri pendedahan oleh petugas Pusat Internet cara bagaimana untuk membuat pendapatan dengan menggunakan ilmu ICT dan kelas usahawan yang di sediakan di sana. Setelah membuat promosi di dalam laman sosial dan sebagainya, perkhidmatan sewaan bot/perahu beliau agak memberangsangkan dan memudahkan lagi penggemar aktiviti memancing di luar mahupun dalam Balingian membuat tempahan sewaan apa bila musim udang di Balingian.

 

***************************************************************************************************************************

Kisah Kejayaan Usahawan Online 2

CELIK IT

 NAMA : HARUN BIN ULIS

 UMUR : 51 TAHUN

 AHLI  : 2013

LATAR BELAKANG

Seorang Ketua Kampung yang sporting, walaupun sibuk dengan komitmen masing-masing beliau seorang yang sentiasa menyokong program di Pusat Internet Balingian. Kali ini beliau telah mengikuti program Keyboard Warrior anjuran Pusat Internet Balingian di mana program ini mengajar mereka cara bagaimana untuk menghasilkan Surat Rasmi, kertas kerja dan Minit Mesyuarat yang betul mengikut format.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Hanya mengharapkan anak-anak untuk membuat segala kerja yang melibatkan menaip, dan masih teragak-agak untuk menaip surat dan kerja-kerja yang lain.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sedikit sebanyak saya dapat menaip menggunakan komputer, dan tidak menyusahkan anak-anak saya lagi. Zaman sekarang ilmu ICT sangat berguna bukan sekadar anak-anak zaman sekarang sahaja yang perlu peka dengan ilmu ICT ini, kita yang sudah dewasa dan warga emas ini perlu tahu juga untuk memudahkan urusan di kemudian hari.

 

***************************************************************************************************************************

 

Kisah Kejayaan Cilik IT