USAHAWAN AGENT PRODUK KECANTIKAN CHARMS

 NAMA : MILA BINTI ATIM

 UMUR : 26 TAHUN

 AHLI  : 2009

LATAR BELAKANG

Bermulanya minat dalam dunia usahawan apabila terkesan akibat pandemic Covid-19 ini, Puan Mila mengambil alternative lain untuk membantu keluarganya dengan mengambil langkah untuk menambah pendapatan dengan cara menjual produk kecantikkan. Usaha yang gigih telah membantu beliau menjadi dropship Produk Charms kategori Ruby Dropship di Bahagian Mukah dan Balingian. Siapa sangka usaha dalam beberapa bulan ini telah membuahkan hasil untuk diri nya sendiri, bak kata orang " Tuah Ayam nampak di kaki Tuah Manusia Siapa yang Tahu".

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan ICT memang tidak dinafikan agak susah untuk beliau memulakan bisnes ini walaupun hanya sebagai dropship. Perlu ada kemahiran ICT walaupun hanya secara asas sahaja dan perlu ada asa dalam usahawan online untuk memudahkan beliau mempromosi secara dalam talian.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Mengikuti bengkel usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Balingian dan mempelajari cara lebih teratur untuk mempromosi produk jualan yang telah saya jual. Walaupun berada di rumah saya sudah tahu cara mempromosi produk saya.

***************************************************************************************************************************