USAHAWAN JAHITAN BAJU FESYEN

 NAMA : EMMA BINTI HAMDAN

 UMUR : 35 TAHUN

 AHLI  : 2019

LATAR BELAKANG

Tiada yang mustahil jikalau kita rajin pada zaman sekaramg ini, dengan kemudahan semua di hujung jari.Begitu juga kisah seorang surirumah yang menjalankan bisnes menjahit pakaian, langsir dan pelbagai lagi jahitan yang beliau hasilkan. Bermulanya minat menjahit dari memasuki sekolah vokasional di Bintulu telah membuat beliau nekad untuk meneruskan kerjaya ini sebagai sumber rezeki beliau. Sangat gemar membuat baju-baju fesyen untuk anak nya dan dari situ pelanggan nya mula berminat untuk menempah dengan beliau.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum ini Puan Emma hanya mengharapkan ilmu yang dipelajarinya di Sekolah Vokasional sahaja, berpandukan buku dan nota-nota yang di pelajari ny semasa sekolah. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Internet memudahkan Puan Emma untuk mendapatkan ilmu jahitan dengan lebih meluas lagi. Mendapat sumber daripada facebook, youtube dan sumber-sumber dari internet yang lain memudahkan Puan Emma mendapat cara-cara dan ilmu yang baru dalam jahitan. Tempahan dalam baju-baju fesyen semakin di minati oleh pelanggan tetap nya.

***************************************************************************************************************************