USAHAWAN AGENT LIVING YOUNG DAN TUPPERWARE

 NAMA : NUR AZAM BIN SHAHDAN

 UMUR : 30 TAHUN

 AHLI  : 2017

LATAR BELAKANG

Bekerja sebagai kakitangan kerajaan di Jabatan Pertanian, bermulanya minat dalam dunia usahawan apabila beliau dia ajak oleh kawan-kawannya yang menjalankan perniagaan di dalam talian. Menjadi agent tupperware di sekitar Balingian bermula apabila beliau ingin meneruskan bisnes yang sebelum ini ibunya yang menjalankan. Apabila bisnes kecil-kecilan nya mendapat sambutan minat nya semakin tinggi dan meneruskan nya untuk menjadi agent Living Young.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Penglibatan bersama pusat internet Balingian dalam program seperti kelas usahawan dan sebagainya tidak pernah sekali mengikuti kerana saya beranggapan ianya hanyalah tempat untuk melayari internet dan untuk perkhidmatan print serta fotostat sahaja. Bagi saya satu kerugian sebab tidak mengetahui lebih awal yang pusat internet Balingian ada membuat program usahawan untuk komuniti.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Saya mula mengikuti kelas/bengkel usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Balingian dan mempelajari cara lebih teratur untuk mempromosi produk jualan yang telah saya jual. Banyak manfaat yang saya dapat daripada kelas serta bengkel yang di jalankan. Lebih banyak jualan yang saya dapat hasil daripada promosi melalui laman sosial serta memudahkan saya untuk membuat urusan penjualan.

***************************************************************************************************************************