Celik IT

 NAMA : CAROLINE CERENGGA ANAK FRANKY

 UMUR : 18 TAHUN

 AHLI  : 2021

LATAR BELAKANG

Mesra dengan panggilan Carol di kalangan kawan-kawannya, merupakan pelajar yang bertekad untuk mengikuti sesi pembelajaran ICT di Pusat Internet Komuniti Balingian. Walaupun jarak ke Pusat Internet Komuniti Balingian agak jauh dari tempat tinggal nya tetapi semangatnya untuk menimba ilmu ICT sangat tinggi. Selepas tamat sekolah menengah ini, Coral telah menjadi stokies barangan kosmetik & menjual ny di sekitar2 tempat tinggal nya secara kecilan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Pengetahuan dalam bidang ICT adalah perkara asas sahaja saya ketahui seperti menaip, tetapi tidak la secara mendalam dan perlu ada kemahiran lain barulah senang untuk saya mencari pekerjaan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Dengan adanya Pusat Internet Komuniti Balingian ini membantu saya untuk belajar dengan lebih mendalam lagi ilmu berkaitan ICT, kelas yang saya ikuti iaitu kelas Pengenalan Komputer dan Asas Microsoft Office sangat berguna untuk saya. Banyak yang saya belajar dan ketahui setelah mengikuti kelas ini.

***************************************************************************************************************************