CELIK IT Q1

 NAMA : JULIANNA ULAN ANAK DAUD

 UMUR : 13 TAHUN

 AHLI  : 2021

LATAR BELAKANG

Cuti hujung tahun tidak disia-siakan oleh Julianna Ulan, berumur 12 tahun merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang tinggal di kawasan jauh dari PEDi Balingian sejauh 30KM. Ibu bapa Julianna Ulan menghantar nya untuk menimba ilmu ict bersama kakaknya. Ilmu ict sangat berguna pada masa ini bagi memudahkan pada masa akan datang.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum belajar di PEDi Balingian, saya tidak mahir menggunakan komputer dan hanya menggunakan bila menonton movies dan youtube.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Selepas mengikuti kelas komputer, kemahiran menaip dan menggunakan komputer semakin mahir, malah saya lebih mengetahui lebih dalam lagi berkaitan komputer. Semasa mengikuti kelas komputer saya di ajar menggunakan microsoft office word dan microsoft excel, selain itu saya di ajar untuk membuat emel sendiri bagi tujuan yang berfaedah.

***************************************************************************************************************************

CELIK IT Q2

 NAMA : JOSEFALISSIA AMPO TAWI

 UMUR : 18 TAHUN

 AHLI  : 2022

LATAR BELAKANG

Bagi menimba ilmu ICT, sanggup untuk ulang alik dari rumah panjang saya yang terletak di Daerah Selangau kira-kira dalam 60 KM dari PEDi Balingian. Saya ingin mengikuti kelas ICT di PEDi Balingian untuk memudahkan saya pada masa akan datang.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Saya hanya mengetahui perkara asas dalam mengendalikan komputer.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Perubahan ketara apabila sudah mempelajari dan memahami cara menggunakan komputer dengan lebih betul, sedikit sebanyak membantu saya dalam tugasan harian.

***************************************************************************************************************************

USAHAWAN Q1

 NAMA : HARMIZA JAMIL

 UMUR : 38 TAHUN

 AHLI  : 2009

LATAR BELAKANG

Memasak bukan la kepakaran tetapi sekadar untuk suka-suka menjamu keluarga dan rakan-rakan membuat saya suka untuk memasak. Sebelum ini saya hanya  "try and error" menjual hasil jualan saya, tidak sangka ianya mendapat sambutan yang baik dari kalangan rakan-rakan dan keluarga. Mula mempromosi hasil jualan menggunakan status whatapps dan mengikuti grup niaga whatapps.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum menggunakan media sosial dengan meluas hanya menjual di sekitar kampung di balingian sahaja dan tidak ramai yang mengetahui apa yang saya jual.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Selepas mengikuti kelas/ bengkel yang di anjurkan oleh PEDi Balingian, cara untuk berniaga walaupun hanya di Balingian mudah untuk saya menjual produk hasil jualan saya. Dengan hanya menggunakan media sosial seperti whatapps semakin mudah untuk saya mempromosi produk saya.

***************************************************************************************************************************