USAHAWAN AGENT TUPPERWARE & HAMPERS

 NAMA : NUR AZAM BIN SHAHDAN

 UMUR : 31 TAHUN

 AHLI  : 2017

LATAR BELAKANG

Bekerja sebagai penjawat awam di Jabatan Pertanian Mukah, Sarawak. Bermulanya minat dalam dunia perniagaan Tupperware adalah di sebabkan untuk membantu ibunya mempromosi produk tersebut semakin mendapat permintaan tinggi dari kalangan rakan-rakan sekerja nya dan permintaan ramai dari orang-orang kampung yang meminati brand tupperware ini. Pelbagai usaha di lakukan oleh beliau untuk meningkatkan lagi perniagaan ini dengan membuat hampers untuk dijadikan hadiah harijadi, hampers sukaneka, hadiah cenderamata dan sebagainya. Hampers yang dihasilkan adalah bergantung kepada bajet pelanggan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan ICT hanya menggunakan perkhidmatan PEDi untuk melayari internet, membuat tugasan dan printing sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Mengikuti kelas/bengkel usahawan yang di anjurkan oleh PEDi Balingin untuk membantu para usahawan kecil bergiat dalam aktiviti jual beli di sekitar Balingian. Banyak manfaat yang di perolehi daripada kelas/bengkel yang saya hadiri.

***************************************************************************************************************************