Program Syukran Ramadhan 2019

Jom memeriahkan Program Pengagihan Bubur Lambuk Di Perkarangan Pusat Internet Balingian.

Bersama Beramal Di Bulan Yang Mulia....

Pesta Kaul Balingian 2018

Pesta Kaul merupakan satu pesta keramaian masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. Pesta tradisi yang disambut secara tahunan ini, menghimpunkan upacara dan adat resam yang menarik serta unik.Dahulunya, Kaul ini adalah sejenis pesta keagamaan yang diraikan oleh masyarakat Melanau ‘pagan’. Ia adalah upacara pemujaan untuk mereka memohon restu daripada penunggu di laut, darat dan hutan agar mendapat ketenteraman serta keselamatan ketika melakukan aktiviti seharian mereka mencari rezeki di tempat- tempat tersebut.

 

Pesta ini biasanya diadakan mengikut kalendar  kaum Melanau pagan yang menandakan berakhirnya musim tengkujuh yang telah mendatangkan kesan dalam kehidupan mereka sebagai petani dan nelayan. Dimana sungai, laut dan hutan tempat utama sumber pendapatan mereka.

Namun dengan adanya perubahan agama dan anutan , masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan kepercayaan kaul.

 

Malah Pesta kaul telah dijadikan sebagai medan perkelahan komuniti terbesar bagi masyarakat Melanau. Bahkan kini, ia menjadi salah satu pesta yang bukan sahaja dapat menghimpunkan  masyarakat Melanau secara khususnya, malah telah menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat yang ingin turut sama berkongsi kemeriahan pesta Kaul. Kini pesta Kaul bukan lagi sekadar satu perayaan tradisi kaum melanau, malah ia adalah salah satu tarikkan kepada pengunjung terutama dari masyarakat luar.

 

Buat julung kalinya, Balingian telah menganjurkan Kaul Balingian yang bertempat di Pantai Kuala Balingian yang berlangsung pada 14 April 2018 dan dirasmikan oleh YB Encik. Abdul Yakub bin Hj Arbi ADUN N58.Balingian. Komuniti sekitar Balingian turut serta memeriahkan suasana pada hari tersebut, pengunjung dari luar juga turut hadir untuk menyaksikan upacara Kaul Balingian yang berlansung secara kecil-kecilan.

 

Umat Islam di seluruh dunia sentiasa mengingati peristiwa hijrah Rasullah SAW dari Mekah ke Madinah serta peristiwa baginda Rasullah SAW mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar dari sambutan Maal Hijrah. Bertitik tolak daripada peristiwa hijrah tersebut, umat Islam haruslah mengambil iktibar bahawa Ukhuwah Islamiah yang kuat dan jitu adalah merupakan asa kepada perpaduan dan kesatuan ummah yang membawa kepada kemajuan dan kejayaan umat Islam ke era yang global demi menjulang nama Islam dipersada mata dunia dan menjadi ikon terbaik di alam maya ini.

Di kesempatan ini kami dari Pusat Internet Balingian ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua yang menyambut dan semoga keutuhan serta persaudaraan kita sentiasa mensejahteraankan negara.

#MaalHijrah1440

Fenomena Udang di Balingian

Setiap kali musim udang timbul, penduduk di daerah Balingian gempar dengan kemunculan sejumlah besar udang galah pelbagai saiz.

Warga Balingian ibarat berpesta rezeki apabila udang pelbagai jenis daripada saiz kecil hingga bersaiz udang galah timbul di permukaan parit dan sungai selepas daerah Balingian dilanda banjir besar baru-baru ini.

Musim sebegini menjadikan sungai Balingian meriah dengan kehadiran penduduk sekitar kampung yang turun menangkap udang dengan pelbagai cara seperti menjala, ditombak, memukat dan menangguk atau mengutip hanya menggunakan tangan sahaja di tebing sungai Balingian.

Bukan hanya udang bahkan beberapa jenis ikan turut timbul  di sungai Balingian ini. Fenomena udang timbul telah berlaku sejak bberapa tahun lalu setiap kali banjir @ air pasang di daerah Balingian apabila air surut fenomena ini mula berlaku.