Pekan Balingian

Daerah kecil Balingian adalah antara daerah yang wujud di Bahagian Mukah, ia merupakan daerah yang terletak di antara Bandar Mukah dan Bandar Bintulu. Balingian mempunyai keluasan berukuran 3,032 km persegi dan berada dalam kawasan pedalaman. Perjalanan melalui darat dari Balingian ke Mukah mengambil masa lebih kurang 1 jam. Perjalanan ke Sibu pula mengambil masa 3 jam. Balingian juga boleh dihubungi melaui laut dari Bintulu dan Tatau. Terdapat juga jalan persisiran yang menghubungi Balingian ke Kuala Balingian dan Kuala Tatau. Dengan ada nya pembinaan Jambatan Kuala Tatau yang baru siap dibina pada tahun ini dan dijangka boleh digunakan pada awal tahun 2018 memudahkan lagi penduduk setempat untuk terus ke Bintulu melalui jalan Balingian yang mengambil masa kira-kira 1Jam 30minit sahaja.

Bilangan penduduk dalam kawasan ini berjumlah 15,327 orang dan kebanyakannya terdiri daripada kaum Iban(68.3%) dan Melanau(29.49%). Penduduk di sini tinggal dalam 6 buah kampung iaitu Kampung Suyong, Kampung Pulat, Kampung Masjid, Kampung Lintang, Kampung Baru dan Kuala Balingian dan anggaran sebanyak 137 buah rumah panjang setakat ini.

Aktiviti ekonomi Penduduk Pekan Balingian kebanyakannya mengusahakan pintu kedai dan pasar tamu. Pasar tamu diadakan setiap minggu untuk menjual barang keperluan dan hasil pertanian kepada penduduk setempat. Penubuhan Pusat Pertumbuhan Desa (RGC) telah mewujudkan pasar baru, jalanraya pesisiran dan ladang kelapa sawit untuk membolehkan penduduk tempatan menceburkan diri dalam pelbagai ekonomi tempatan. Ladang kelapa sawit oleh Sarawak Oil-palm Plantation (SOP) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan(FELCRA) telah menambahkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kegiatan ekonomi lain yang dijalankan dalam daerah kecil Balingian termasuk penanaman rumbia, padi, dan kelapa, penternakan ayam dan pengusahaan ikan secara kecil-kecilan. Sebilangan penduduk juga bekerja sebagai pembalak. Kawasan Mukah-Balingian mempunyai simpanan arang batu yang terbesar di Sarawak iaitu sebanyak 551 juta tan metrik dan perlombongan sedang dijalankan.

 Bentuk Mukabumi Pekan Balingian dr Pandangan Google Maps

 

Bentuk Mukabumi Pekan Balingian dr Pandangan Google Maps

  • KISAH KEJAYAAN NOVEMBER 2019

    11 November 2019

    USAHAWAN SEWAAN BOT/PERAHU UNTUK KEGIATAN MEMANCING NAMA : AZIZI BIN HANYUT UMUR : 46 TAHUN AHLI : 2010 LATAR BELAKANG Azizi atau lebih dikenali sebagai Abang Iji merupakan seorang kaki pancing, oelh kerana minat terhadap aktiviti memancing ini beliau membuat satu perkhidmatan sewaan bot/perahu sert... Selanjutnya
  • Sedidik Mutiara Balingian

    04 November 2019

    Nama Program : Lawatan Sekolah Sedidik Mutiara Balingian Tarikh Program : 16 September 2019 Tempat : Perkarangan Pusat Internet Balingian Selanjutnya
  • LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2019

    04 November 2019

    LAPORAN SEPTEMBER 2019 - Lawatan Pelajar Sedidik Mutiara, Balingian Tarikh : 1 Oktober 2019 Masa : 9.00pm- 11.00pm Lokasi : Pusat Internet Balingian Peserta : Pelajar Sedidik Mutiara Balingian Tujuan Seramai 28 orang si cilik dari Sekolah Sedidik Mutiara Balingian brrsama guru dan ibubapa yang berku... Selanjutnya
  • Jumlah Ahli Pusat Internet Balingian

    01 November 2019

    Jumlah Keahlian Berdaftar di Pusat Internet Balingian Mengikut Tahun. Pusat Internet Balingian mula beroperasi pada Julai 2009: TAHUN JUMLAH AHLI 2009 235 2010 208 2011 198 2012 183 2013 280 2014 199 2015 38 2016 42 2017 83 2018 93 2019 (Setakat Bulan Oktober) 82 JUMLAH KESELURUHAN AHLI PUSAT INTERN... Selanjutnya
  • Produk Tempatan "Paeh Udang"

    11 Oktober 2019

    Paeh Udang Balingian Paeh atau Pais merupakan salah satu jenis makanan orang Melanau dahulu kala untuk mempelbagaikan jenis hidangan makanan harian,ianya adalah makanan tradisi yang lazat apatah lagi diratah begitu saja ketika ia masih hangat. Lemak dan kemanisan rasa udang dan kelapa membantu membe... Selanjutnya
  • Sukaneka Hari Malaysia 2019

    10 Oktober 2019

    Nama Program : Sukaneka Hari Malaysia 2019 Tarikh Program : 16 September 2019 Tempat : Perkarangan Pusat Internet Balingian Selanjutnya
  • LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2019

    10 Oktober 2019

    LAPORAN SEPTEMBER 2019 - Sukaneka Hari Malaysia 2019 Tarikh : 16 September 2019 Masa : 7.00pm- 12.00pm Lokasi : Perkarangan Pusat Internet Balingian Peserta : Komuniti Seluruh Balingian Tujuan KRT Jiran Muda Pekan Balingian Baru dan Pusat Internet Balingian sekali lagi berganding bahu dalam menjayak... Selanjutnya