Pekan Balingian

Daerah kecil Balingian adalah antara daerah yang wujud di Bahagian Mukah, ia merupakan daerah yang terletak di antara Bandar Mukah dan Bandar Bintulu. Balingian mempunyai keluasan berukuran 3,032 km persegi dan berada dalam kawasan pedalaman. Perjalanan melalui darat dari Balingian ke Mukah mengambil masa lebih kurang 1 jam. Perjalanan ke Sibu pula mengambil masa 3 jam. Balingian juga boleh dihubungi melaui laut dari Bintulu dan Tatau. Terdapat juga jalan persisiran yang menghubungi Balingian ke Kuala Balingian dan Kuala Tatau. Dengan ada nya pembinaan Jambatan Kuala Tatau yang baru siap dibina pada tahun ini dan dijangka boleh digunakan pada awal tahun 2018 memudahkan lagi penduduk setempat untuk terus ke Bintulu melalui jalan Balingian yang mengambil masa kira-kira 1Jam 30minit sahaja.

Bilangan penduduk dalam kawasan ini berjumlah 15,327 orang dan kebanyakannya terdiri daripada kaum Iban(68.3%) dan Melanau(29.49%). Penduduk di sini tinggal dalam 6 buah kampung iaitu Kampung Suyong, Kampung Pulat, Kampung Masjid, Kampung Lintang, Kampung Baru dan Kuala Balingian dan anggaran sebanyak 137 buah rumah panjang setakat ini.

Aktiviti ekonomi Penduduk Pekan Balingian kebanyakannya mengusahakan pintu kedai dan pasar tamu. Pasar tamu diadakan setiap minggu untuk menjual barang keperluan dan hasil pertanian kepada penduduk setempat. Penubuhan Pusat Pertumbuhan Desa (RGC) telah mewujudkan pasar baru, jalanraya pesisiran dan ladang kelapa sawit untuk membolehkan penduduk tempatan menceburkan diri dalam pelbagai ekonomi tempatan. Ladang kelapa sawit oleh Sarawak Oil-palm Plantation (SOP) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan(FELCRA) telah menambahkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kegiatan ekonomi lain yang dijalankan dalam daerah kecil Balingian termasuk penanaman rumbia, padi, dan kelapa, penternakan ayam dan pengusahaan ikan secara kecil-kecilan. Sebilangan penduduk juga bekerja sebagai pembalak. Kawasan Mukah-Balingian mempunyai simpanan arang batu yang terbesar di Sarawak iaitu sebanyak 551 juta tan metrik dan perlombongan sedang dijalankan.

 Bentuk Mukabumi Pekan Balingian dr Pandangan Google Maps

 

Bentuk Mukabumi Pekan Balingian dr Pandangan Google Maps