LAPORAN JULAI 2022 - " CREATING E-BUSINESS IN FACEBOOK AND SALES IN FACEBOOK LIVE "
Tarikh : 16 Julai 2022
Masa : 8.00 Ptg - 5.00 Ptg
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia ( Judan )
Peserta : Usahawan PEDi Bahagian Mukah
Tujuan
Program keusahawanan kali ini lebih menekankan tentang bagaimana memulakan dan menjalankan perniagaan dengan lebih berkembang melalui platform media social seperti Facebook. Dalam program kali ini kita akan membantu para usahawan untuk membuat akaun page perniagaan masing-masing dan mengajar bagaimana menjual produk secara " LIVE " menggunakan media social Facebook.
Aktiviti
* Pengenalan Facebook Pages
* Aktiviti membuat Akaun Facebook Pages
* cara Marketing Online ( LIVE )
* Sesi Bergambar
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN JUN 2022 - BENGKEL ICT BERSAMA PERKIM
Tarikh : 17 Jun 2022
Masa : 2.00 Ptg - 5.00 Ptg
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia ( Balingian )
Peserta : Ahli PERKIM Cawangan Balingian
Tujuan
Jawatankuasa kecil pendidikan PERKIM cawangan Balingian mengajak para ahli perkim cawangan Balingian mengikuti bengkel ICT siri ke-2 di mana para peserta diajar cara menggunakan microsoft office excel ( Belajar Membuat Carta Organisasi & cara menghasilkan akaun secara manual ). Sebelum ini Bengkel ICT Siri Pertama belajar menggunakan Microsoft office word dan siri ke-2 ini adalah sambungan daripada siri pertama tersebut. Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk lebih mahir dalam ilmu ICT bagi memudahkan mereka membuat laporan aktiviti dan sebagainya.
Aktiviti
* Pengenalan Microsoft Excel
* Aktiviti membuat latihan excel
* Sesi Bergambar bersama peserta
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN APRIL 2022 - KELAS MICROSOFT WORD
Tarikh : 5 - 22 April 2022
Masa : 9.00Am - 11.30pm
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia ( Balingian )
Peserta : Lepasan SPM
Tujuan
Seramai 7 orang peserta telah mengikuti kelas Microsoft Office, antaranya adalah lepasan SPM 2021. Kelas ini dijalankan untuk meningkatkan pemahaman dan seterusnya menambahkan lagi ilmu sebelum menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya atau ke alam dunia pekerjaan.
Aktiviti
* Menaip dan mengubah perkataan.
* Mengubah gaya perkataan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN MEI 2022 - PROGRAM STEAM TREK 2022 ANJURAN PUSTAKA CAWANGAN SIBU
Tarikh : 27 Mei 2022
Masa : 2.30 Ptg - 5.00 Ptg
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia ( Balingian )
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah & Sekolah Menengah
Tujuan
Seramai 20 orang pelajar sekolah rendah dan menengah mengikuti program ini yang bertujuan untuk mencetus dan menimbulkan rasa minat belajar serta mencungkil bakat generasi baru yang terpendam dalam bidang STEAM. Banyak aktiviti telah diadakan oleh pihak PUSTAKA bagi merancakkan lagi program pada hari tersebut.
Aktiviti
* Pengenalan Berkaitan Program STEAM Trek
* Aktiviti pemasangan Morphun
* Aktiviti Straw Construction
* Aktiviti 3d Doodler
* Aktiviti Diamond Keychains
* Sesi Bergambar bersama peserta
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN MAC 2022 - BENGKEL ICT BERSAMA USK BALINGIAN
Tarikh : 5 Mac 2022
Masa : 2.00pm - 5.00pm
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia ( Balingian )
Peserta : Usahawan Mary Kay
Tujuan
Bengkel yang dijalankan pada 5 Mac yang lepas adalah bertujuan untuk membantu para peserta ( Beauty Consultant MaryKay ) dalam membuat promosi menggunakan poster dengan lebih kreatif serta membantu mereka untuk lebih mudah dalam mempromosi produk jualan mereka.
Aktiviti
* Sesi Penerangan CANVA
* Cara Menggunakan CANVA
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++