LAPORAN NOVEMBER 2022 - BENGKEL TALK DAN MAKE OVER BERSAMA MARY KAY

Tarikh     : 19 November 2022

Masa      : 2.00 Petang - 6.00 Petang

Lokasi    : Bilik Latihan PEDi Balingian

Peserta  : Golongan Dewasa

Tujuan

Memperkenalkan kepada peserta tentang kelebihan dan kehebatan yang telah Mary Kay capai dalam membantu meninggkatkan taraf hidup surirumah dan membantu para usahawan yang meminati bidang produk kecantik dalam memulakan bisnes. Bengkel ini membantu peserta meningkatkan kemahiran dalam solekan dan pemeriksaan percuma kulit muka. Dalam pada masa yang sama bengkel ini memperkenalkan perkhidmatan PEDi kepada komuniti.

Aktiviti

* Pendaftaran Peserta

* Taklimat Bengkel

Pengenalan Produk dan Bisnes Mary Kay

* Pemeriksaan Kulit

* Make-up Class

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

LAPORAN OKTOBER 2022 - LAWATAN PENDIDIK DIGITAL TADIKA KEMAS KUALA BALINGIAN VOL.2

Tarikh     : 14 Oktober 2022

Masa      : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi    : Bilik Latihan PEDi Balingian

Peserta  : Tadika KEMAS Kuala Balingian

Tujuan

Lawatan pendidik dan pelajar dari Tabika KEMAS Kuala Balingian kali ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar baru berkaitan dengan ilmu ICT dan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDI Balingian kepada komuniti setempat. Selain itu, para pelajar juga mendapat pendedahan awal tentang teknologi. Pelbagai aktiviti di jalankan antaranya adalah mewarna online dan tayangan video berkaitan dengan pembelajaran secara online.

Aktiviti

* Pengenalan PEDi Balingian

* Sesi Pengenalan Komponen Komputer

* Mewarna Online

* Tayang Video Pembelajaran Online

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

LAPORAN SEPTEMBER 2022 - PROGRAM MERDEKA 65

Tarikh     : 28 Ogos 2022

Masa      : 7.00 Pagi - 1.30 Tengahari

Lokasi    : Balairaya Kampung Pulat, Balingian

Peserta  : Komuniti Balingian

Tujuan

Setelah lebih 2 tahun tidak membuat aktiviti secara fizikal, Jawatan kuasa Biro Sosial Riadah dan Biro Pendidikan PERKIM Balingian telah bekerjasama dengan PEDi Balingian tahun ini membuat satu Program yang padat untuk mengeratkan lagi silaturahim antara ahli PERKIM dan komuniti di mana pelbagai acara telah dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah Larian Merdeka, Zumba , Mewarna dalam 3 kategori, Kuiz Merdeka Kahoot dan Sukaneka. Dalam banyak-banyak aktiviti ini, ianya dapat merapatkan lagi silaturahin antara PERKIM dan komuniti setempat khasnya. Selain itu, sedikit sebanyak memberi pengetahuan tentang Hari Kemerdekaan dan sejarah Negara kita Merdeka sejak tahun 1957. Program ini bukan sahaja disertai oleh sekitar Balingian ,bahkan PERKIM Kuala Balingian juga turut terlibat serta dalam Program ini.

Aktiviti

* Pendaftaran Peserta & Keahlian PEDi Balingian

* Larian Merdeka

* Zumba

* Pertandingan Mewarna Kanak-kanak

* Pertandingan Mewarna Dewasa

* Kuiz Kahoot Kemerdekaan

* Sukaneka

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

LAPORAN SEPTEMBER 2022 - PROGRAM HARI MALAYSIA

Tarikh     : 16 September 2022

Masa      : 7.00 Malam - 11.30 Malam

Lokasi    : Dewan Masyarakat, Balingian

Peserta  : Komuniti Balingian

Tujuan

Memeriahkan lagi sambutan Hari Malaysia tahun ini, KRT Pekan Baru Balingian telah bekerjasama dengan PEDi Balingian selaku penganjur Bersama untuk program ini.Program ini diadakan untuk menyemarakan lagi semangat patriotisme sesame komuniti di Balingian.

Aktiviti

* Pendaftaran Nama Bertuah

* Pertandingan Lagu Patriotik

* Pertandingan Fesyen Kreatif kanak-Kanak

* Pertandingan Tarian Senaman Kreatif

* Persembahan Koir KRT

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

LAPORAN OGOS 2022 - WORKSHOP MAKE-UP CLASS WITH MARY KAY

Tarikh     : 13 Ogos 2022

Masa      : 2.00 Ptg - 5.00 Ptg

Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Balingian

Peserta  : Usahawan PEDi Balingian

Tujuan

Mempromosi produk terbaru keluaran Mary Kay iaitu Mary Kay Cream Blush bersama sales director Puan Roziana Bt Terkey dan seterusnya mengadakan kelas Makeup bersama peserta program tersebut menggunakan produk keluaran terbaru Mary Kay. Selain itu, pada program ini juga para peserta di beri penerangan berkaitan cara pemakaian produk Mary Kay, Menganalisis dan pemeriksaan Kulit Muka menggunakan mesin khas dr Mary Kay. Pada program tersebut disediakan aktiviti yang menarik ssperti cabutan bertuah dan kuiz kahoot bagi merancakkan lagi program pada petang itu.

Aktiviti

* Pengenalan Produk Mary Kay Terbaru

* Menganalisi & Pemeriksaan Kulit Muka

* Cabutan Bertuah

* Kuiz Kahoot

* Sesi Bergambar

---LIHAT GAMBAR DI SINI---