LAPORAN APRIL 2023 - BENGKEL EMEL

Tarikh     : 8 April 2023

Masa      : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi    : PEDi Balingian

Peserta  : Lepasan Sekolah 

Tujuan

Bengkel Emel adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar lepasan sekolah menengah bagaimana cara menghantar emel, membalas emel, dan juga cara memulakan perjumpaan secara alam maya dengan menggunakan google meet. Seramai 4 orang pelajar yang menghadiri kelas tersebut dan di akhir bengkel para pelajar membuat latihan secara amali.

Aktiviti

* Pengenalan Emel

* Sesi Amali Emel ( Menghantar Emel, Membalas Emel, Memeriksa Emel )

* Membuat Latihan ( Google Meet Link )

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

LAPORAN MAC  2023 - PROGRAM JELAJAH TANPA TUNAI

Tarikh     : 4 Mac 2023

Masa      : 9.30 Petang - 6.00 Petang

Lokasi    : Balairaya Kpg Pulat, Balingian

Peserta  : Komuniti Sekitar Balingian

Tujuan

Program Jelajah Tanpa Tunai ( Cashless ) yang di anjurkan oleh pihak PAYNET ini bertujuan untuk memperkenalkan kaedah pembayaran tanpa tunai iaitu dengan menggunakan kaedah Kad MyDebit, JomPay, FPX dan DuitNow QR. Dengan adanya program seperti ini dapat membantu dan menerangkan serba sedikit cara pembayaran tidak menggunakan tunai dengan lebih jelas dan tepat. Kaedah ini sangat membantu para usahawan terutama nya dan para komuniti yang sering membeli secara dalam talian.

Aktiviti

* Pendaftaran Para peserta

* Ceramah CASHLESS

* Pendaftaran Keahlian PEDi

* Pertandingan Mewarna Dewasa & Kanak-kanak

* Pertandingan Makan Aiskrim Dewasa & Kanak-kanak

* Jualan Aiskirm RM1

* Jualan Usahawan

* Cabutan Bertuah

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

LAPORAN JANUARI  2023 - KELAS MICROSOFT OFFICE 2021 (EXCEL)

Tarikh     : 3 - 17 Januari 2023

Masa      : 9.00 Petang - 11.30 Petang

Lokasi    : Bilik Latihan PEDi Balingian

Peserta  : Lepasan Pelajar Sekolah

Tujuan

Dalam kelas intensif ini, antara aktiviti dijalankan adalah seperti memasukan dan menyunting teks dan nombor dalam lembaran, mencantum dan menggabungkan sel. Selain itu, pelajar akan di ajar cara menggunakan formula dalam excel bagi memudahkan melalukan pengiraan dan sebagainya.

Aktiviti

* Menghasilkan jadual dan carta menggunakan Excel.

* Membuat pengiraan menggunakan formula dalam excel.

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

LAPORAN FEBRUARI  2023 - BENGKEL KEUSAHAWANAN-MARKET PLACE DAN COPY WRITING

Tarikh     : 15 Februari 2023

Masa      : 3.00 Petang - 4.30 Petang

Lokasi    : Bilik Latihan PEDi Balingian

Peserta  : Dewasa

Tujuan

Bengkel ini mengajar para usahawan bagaimana untuk memaparkan penulisan dalam media social seperti FACEBOOK dengan cara yang betul dan mudah untuk komuniti memahami apa yang ingin di sampaikan. Selain itu, dalam bengkel ini juga para usahawan di ajar cara untuk memasarkan produk menggunkana MARKET PLACE dengan lebih mudah. Usahawan akan lebih mengetahui fungsi-fungsi yang berguna dalam aplikasi FACEBOOK.

Aktiviti

* Log in FACEBOK

* Penerangan MARKET PLACE

* Posting Produk

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

LAPORAN DISEMBER 2022 - KELAS INTENSIF USAHAWAN ( FOTOGRAFI DAN SHOPEE )

Tarikh     : 7 Disember 2022

Masa      : 9.00 Petang - 11.30 Petang

Lokasi    : Bilik Latihan PEDi Balingian

Peserta  : Glongan Dewasa

Tujuan

Kelas intensif bersama usahawan ini adalah sambungan bengkel usahawan yang sebelum ini. Kelas intensif ini dibuat  atas permintaan usahawan itu sendiri untuk mendalami lagi cara mengambil gambar produk dan cara untuk mempromosi produk di dalam shopee.

Aktiviti

* Penerangan Teknik Pengambilan Gambar.

* Peserta Membuat Amali ( Gambar Produk )

* Membuat Akaun Shopee

---LIHAT GAMBAR DI SINI---