LAPORAN OKTOBER 2023 - DIGITAL WORKSHOP BERSAMA USK BALINGIAN

Tarikh     : 11 Oktober 2023

Masa      : 09.00 Pagi - 1.00 Tengahari

Lokasi    : PEDi Balingian

Peserta  : Ahli USK Balingian

Tujuan

Koloborasi kali kedua bersama USK Balingian dalam aktiviti yang melibatkan ICT di PEDi Balingian. Dimana para peserta melibatkan diri dalam bengkel ICT, antara aktiviti yang dijalankan adalah penggunaan emel dalam aktiviti dan tugasan harian para peserta dan kelas usahawan shoppe daripada Rakan Digital PEDi Balingian. Seramai 14 Peserta telah menyertai yang terdiri daripada AJK tertinggi dalam persatuan USK ini.

Aktiviti

* Pendaftaran Ahli PEDi Balingian

* Kelas Emel

* Kelas usahawan

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

LAPORAN SEPTEMBER 2023 - PERTANDINGAN MEWARNA DEWASA ANJURAN PERKIM DAN PEDI BALINGIAN

Tarikh     : 16 September 2023

Masa      : 09.00 Pagi - 11.00 Tengahari

Lokasi    : Perkarangan Waterfront Pasar Balingian

Peserta  : Persatuan Wanita Balingian

Tujuan

Bagi memeriahkan Program jualan amal anjuran PERKIM cawangan Balingian, pelbagai aktiviti telah di adakan antaranya Senamtari, jualan amal, pertandingan mewarna dan jualan makanan oleh usahawan wanita di Balingian. Pada masa yang sama program ini adalah bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Malaysia pada tahun ini. PERKIM telah memberi kepercayaan kepada PEDI Balingian untuk sama-sama dalam menganjurkan program ini.

Aktiviti

* Senaman Pagi

* Jualan Amal

* Pertandingan Mewarna Dewasa

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

LAPORAN JULAI 2023 - BENGKEL INTERNET DAN EMEL

Tarikh     : 17 Julai 2023

Masa      : 9.00 Pagi - 11.30 Tengahari

Lokasi    : Bilik Latihan PEDi Balingian

Peserta  : Lepasan Sekolah

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memudahkan pelajar lepasan sekolah untuk mengetahui cara menggunakan internet serta penggunaan emel dengan sebetulnya. Selain itu, turut di ajar cara untuk menghantar emel dan membalas emel.

Aktiviti

* Sesi pengenalan Asas Internet & Emel

* Sesi Amali Membuat Emel

* Soal Jawab.

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

LAPORAN JULAI 2023 - ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK : MEDIA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA

Tarikh     : 5 Ogos 2023

Masa      : 09.00 Pagi - 11.00 Tengahari

Lokasi    : PEDI Balingian

Peserta  : Usahawan Sekitar Balingian

Tujuan

Pendedahan kepada usahawan yang berminat untuk mendaftar perniagaan mereka dengan bantuan syarikat Inkubiz Sentral Sdn Bhd. Pada taklimat tersebut pihak Inkubiz akan membantu para usahawan untuk mendaftar lesen perniagaan, membantu menguruskan sewaan alamat kormersial dan bilik pejabat, khidmat nasihat pendaftaran perniagaan dan khidmat pendaftaran kontraktor kepada usahawan yang berminat.

Aktiviti

* Taklimat Perniagaan

* Soal Jawab.

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

LAPORAN JULAI 2023 - ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK : MEDIA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA

Tarikh     : 7 Julai 2023

Masa      : 10.00 Pagi - 11.30 Tengahari

Lokasi    : Sekolah Menengah SMK Mukah

Peserta  : Pelajar Sekolah

Tujuan

Mewujudkan kesedaran mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja, dalam taklimat ini juga berkongsi kisah dan kejadian sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita kepada para pelajar. Selain itu dapat meningkatkan kerjasama PEDi dengan pihak sekolah dalam menyebarkan maklumat mengenai jenayah siber dalam kalangan masyarakat.

Aktiviti

* Ceramah Klik Dengan Bijak

* Kuiz Klik Dengan Bijak

* Soal Jawab.

---LIHAT GAMBAR DI SINI---