LAPORAN JUN 2023 - BENGKEL PENULISAN RESUME 2023

Tarikh     : 20 Jun 2023

Masa      : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi    : Bilik Latihan PEDi Balingian

Peserta  : Lepasan Sekolah

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memudahkan pelajar lepasan sekolah untuk membuat sendiri resume dan ianya membantu para lepasan sekolah untuk memohon pekerjaan. Selain itu juga dalam bengkel ini para peserta diberikan taklimat bagaimana untuk mereka memulakan permohonan kerja dan cara bagaimana resume di buat dalam format yang betul dan tepat sesuai dengan pekerjaan yang di pohon.

Aktiviti

* Menaip Resume.

* Taklimat Penghasilan Resume.

* Soal Jawab.

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

LAPORAN MEI 2023 - PROGRAM PEMERKASAAN USAHAWANITA 2023

Tarikh     : 20 Mei 2023

Masa      : 8.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi    : Dewan Serbaguna Kg.Tellian, Mukah

Peserta  : Usahawan Wanita Sekitar Balingian Mukah Oya Dalat

Tujuan

Memperkasakan usahawan wanita ke arah pengdigitilan yang inovatif dan berdaya saing, selain itu menggalakan kemajuan usahawan wanita melalui sektor-sektor utama daerah dengan menyediakan saluran maklumat dana. latihan dan inisiatif sedia ada. Usahawan sekitar Mukah dan Dalat dapat menggunakan perkhidmatan yang sedia ada di PEDi berdekatan kerana PEDi adalah sebagai pusat interaktif dan penuh dengan informasi terkini yang dapat membina empayar sosio ekonomi yang hebat.

Aktiviti

* Pendaftaran Peserta

* Pendaftaran Keahlian PEDi

* Taklimat Usahawan Daripada Rakan Digital

* Taklimat Klik Dengan Bijak "Keselamatan Perbankan Dalam Talian"

* Sharing Session Oleh Peserta

* Taklimat Pendaftaran Lesen Perniagaan

* Demonstrasi ( Kek Moden, Kuih Tradisional, Kraftangan & Solekan )

* Majlis Penutupan

* Sesi Bergambar

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

LAPORAN APRIL 2023 - BENGKEL EMEL

Tarikh     : 8 April 2023

Masa      : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi    : PEDi Balingian

Peserta  : Lepasan Sekolah 

Tujuan

Bengkel Emel adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar lepasan sekolah menengah bagaimana cara menghantar emel, membalas emel, dan juga cara memulakan perjumpaan secara alam maya dengan menggunakan google meet. Seramai 4 orang pelajar yang menghadiri kelas tersebut dan di akhir bengkel para pelajar membuat latihan secara amali.

Aktiviti

* Pengenalan Emel

* Sesi Amali Emel ( Menghantar Emel, Membalas Emel, Memeriksa Emel )

* Membuat Latihan ( Google Meet Link )

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

LAPORAN MEI 2023 - KELAS MICROSOFT EXCEL

Tarikh     : 8 - 16 Mei 2023

Masa      : SESI PAGI (9.00 Pagi - 11.00 Pagi) SESI PETANG (2.00 Petang - 4.00 Petang)

Lokasi    : PEDi Balingian

Peserta  : Lepasan Sekolah 

Tujuan

 Kelas intensif Microsoft Excel adalah permintaan daripada para peserta untuk lebih mahir dalam penggunaan microsoft excel tersebut. Peserta adalah terdiri daripada pekerja yang bekerja sebagai kerani.

Aktiviti

* Pengenalan Microsoft Excel

* Sesi Amali

* Membuat Latihan

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

LAPORAN MAC  2023 - PROGRAM JELAJAH TANPA TUNAI

Tarikh     : 4 Mac 2023

Masa      : 9.30 Petang - 6.00 Petang

Lokasi    : Balairaya Kpg Pulat, Balingian

Peserta  : Komuniti Sekitar Balingian

Tujuan

Program Jelajah Tanpa Tunai ( Cashless ) yang di anjurkan oleh pihak PAYNET ini bertujuan untuk memperkenalkan kaedah pembayaran tanpa tunai iaitu dengan menggunakan kaedah Kad MyDebit, JomPay, FPX dan DuitNow QR. Dengan adanya program seperti ini dapat membantu dan menerangkan serba sedikit cara pembayaran tidak menggunakan tunai dengan lebih jelas dan tepat. Kaedah ini sangat membantu para usahawan terutama nya dan para komuniti yang sering membeli secara dalam talian.

Aktiviti

* Pendaftaran Para peserta

* Ceramah CASHLESS

* Pendaftaran Keahlian PEDi

* Pertandingan Mewarna Dewasa & Kanak-kanak

* Pertandingan Makan Aiskrim Dewasa & Kanak-kanak

* Jualan Aiskirm RM1

* Jualan Usahawan

* Cabutan Bertuah

---LIHAT GAMBAR DI SINI---