LAPORAN SEPTEMBER 2019 - Hari Bersama Pusat Internet Balingian

Tarikh     : 20 September 2019

Masa      : 7.30pm - 12.30pm

Lokasi    : Balairaya Kampung Pulat, Balingian

Peserta  : Komuniti sekitar Balingian

Tujuan

Merapatkan lagi hubungan Pusat Internet bersama warga komuniti sekitar Balingian. Pada masa yang sama pelbagai aktiviti di jalankan antaranya program dashboard komuniti bagi memperkasakan lagi penggunaan aplikasi tersebut, ia juga adalah salah satu platform untuk usahawan-usahawan kecil dan surirumah untuk berniaga secara online.Tujuan Pusat internet Balingian menjalankan program ini juga adalah untuk mempromosi perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Balingian. Pada program kali ini, seramai 153 orang pengunjung memeriahkan lagi program pada hari tersebut.

Aktiviti

* Taklimat dari Agensi Anti Dadah 

* Talimat Kesihatan dari Jabatan Kesihatan

* Taklimat MyFree View

* Pameran dari Agensi Anti Dadah & Kesihatan

* Pameran Dari jabatan KEMAS

* Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA.

* Dashboard Komuniti

* Klik Dengan Bijak/Advokasi

* Kuiz ICT KAHOOT & Dashboard

* Pertandingan Mengarang Artikal " Kepentingan ICT Kepada Komuniti "

* Pertandingan Mewarna Digital Dewasa, Sekolah Rendah & Pra Sekolah

* Pertandingan Video Gubahan Bunga Meja (Video)

* Teka Kacang dalam Balang

* Cabutan Nama Bertuah

* Gerai Usahawan

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

LAPORAN OGOS  2019 - Program Merdeka 62 Malaysia

Tarikh     : 23 Ogos 2019 

Masa      : 2.00pm - 4.00pm

Lokasi    : Perkarangan Pusat Internet Balingian

Peserta  : Kanak-kanak Sekolah Rendah & Dewasa

Tujuan

Bagi menyemarakan lagi Hari Kemerdekaan kali ke -62, Pusat Internet Balingian sekali lagi menganjurkan pertandingan mewarna kategori sekolah Rendah & Dewasa yang disertai seramai 20 orang murid serta 20 orang dewasa. Program yang berbentuk santai-santai bertempat di perkarangan Pusat Internet Balingian. Suasana keharmonian seperti ini harus di ketengahkan bertujuan untuk mengeratkan lagi antara komuniti yang berbilang kaum di Balingian.

Aktiviti

* Pertandingan Mewarna Kategori Dewasa

* Pertandingan Mewarna Kategori Sekolah Rendah

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

LAPORAN JUN 2019 - e-Kerajaan (Pengisian SPA), Typing

Tarikh     : 17-18 Jun 2019 

Masa      : 9.300am - 12.00am

Lokasi    : Pusat internet Balingian

Peserta  : Belia

Tujuan

Memudahkan para belia mencari pekerjaan dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah hanya dengan online sahaja. Bagi belia yang baru saja habis belajar amatlah digalakkan untuk mencari pekerjaan. Kami pusat internet Balingian mengalukan-alukan kehadiran para belia dengan mengadakan sesi e-Kerajaan, menerangkan bagaimana mencari pekerjaan dengan membuat akuan dalam laman sesawang SPA serta mengajar peserta membuat resume, surat rasmi dan sebagainya. Dengan latihan seperti ini akan lebih memudahkan para belia untuk mencari pekerjaan.

Aktiviti

* Penerangan mengenai laman sesawang SPA

* Mengajar peserta mendaftar & muat naik sijil akademik

* Latihan bertaip (Resume, Surat Rasmi & dll.)

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

LAPORAN JULAI 2019 - Program Sarawak Day 722

Tarikh     : 22 Julai 2019 

Masa      : 7.00am - 1.00pm

Lokasi    : Balairaya Kpg,Pulat, Balingian

Peserta  : Komuniti Balingian

Tujuan

Semangat patriotisme yang tinggi di kalangan komuniti setempat telah menyemarakan lagi program sambutan hari Sarawak yang di anjurkan oleh Pusat Internet Balingian bertempat di Balairaya kampung Pulat, Balingian. Program seperti ini adalah bertujuan untuk memeriahkan lagi Suasana Hari Sarawak pada tahun ini. Pelbagai aktiviti telah di anjurkan oleh Pusat Internet Balingian turut di bantu oleh sukarelawan yang terdiri daripada ahli-ahli Pusat Internet Balingian.

Aktiviti

* Zumba

* Cabutan Nama Bertuah

* Pertandingan Mewarna Kategori Dewasa

* Pertandingan Mewarna Kategori Sekolah Rendah

* Gerai Jualan Dari Usahawan Kecil Balingian

* Pemeriksaan Kesihatan

---LIHAT GAMBAR DI SINI---

LAPORAN APRIL 2019 - Syukran Ramadhan 2019

Tarikh     : 18 Mei 2019 

Masa      : 2.30am - 15.00PM

Lokasi    : Perkarangan Pusat internet Balingian

Peserta  : Komuniti Balingian

Tujuan

Pengagihan Bubur Lambuk kepada komuniti sekitar Balingian, ini merupakan edisi ke -3 yang di anjurkan oleh Pusat Internet Balingian. Sebanyak 200 unit kontena bubur lambuk telah di agihkan kepada komuniti sekitar tersebut. Program seperti ini adalah merupakan salah satu pendekatan bagi menyatupadu komuniti dan Pusat Internet Balingian.

Aktiviti

* Pengagihan Bubur Lambuk