LAPORAN JANUARI 2019 - Program Jom Sihat 2019
Tarikh : 19 Januari 2019
Masa : 7.30am - 5.00PM
Lokasi : Balairaya Kampung Pulat, Balingian, Sarawak.
Peserta : Komuniti Sekitar Balingian
Tujuan
Memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat, dalam masa yang sama dapat mengeratkan lagi kerjasama Pusat Internet dengan komuniti di sekitar Balingian serta agensi yang terlibat dan JKKK, NGO untuk mewujudkan komuniti sihat. Program ini juga bertujuan untuk mewujudkan komuniti mesra ICT teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti
* Senaman Zumba
* Saringan Kesihatan Percuma Oleh KOSPEN Balingian
* Pertandingan Mewarna Jom Sihat (Pra Sekolah & Dewasa)
* Jom Gosok Gigi
* Ceramah Kesihatan
http://balingian.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=80#sigFreeId1617430b87
LAPORAN JANUARI 2019 - Program Usahawan Dashboard 2019
Tarikh : 18 Januari 2019
Masa : 9.00am - 11.30am
Lokasi : Pusat Internet Balingian, Sarawak.
Peserta : Golongan Usahawan kecil (wanita)
Tujuan
Mengalakkan usahawan di sekitar Balingian terutamanya daripada golongan wanita ataupun suri rumah agar mengambil peluang ini untuk memperluaskan produk hasil tangan sendiri mahupun produk-produk yang diborong bagi memudahkan usahawan seperti mereka untuk memperkenalkan produk sendiri.
Aktiviti
* MyShop (Memuat naik gambar produk yang dijual)
* MyPlace (Lokasi keberadaan perniaga)
* Sesi bergambar bersama usahawan.
http://balingian.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=80#sigFreeId2b32f2503f
LAPORAN NOVEMBER 2018 - Bengkel Jom Cantik Bersama Mary Kay
Tarikh : 18 November 2018
Masa : 10.00am - 4.00pm
Lokasi : Pusat Internet Balingian, Sarawak.
Peserta : Golongan Belia & Wanita.
Tujuan
Mewujudkan peluang untuk belia dan golongan wanita untuk menjadi usahawan produk kosmetik Mary Kay. pada hari tersebut peserta telah diberi pendedahan cara dan penggunaan produk mary kay dengan betul oleh Senior Beauty Consltant Mary Kay dari bahagian sibu iaitu Puan Carollyn Joseph sebagai tetamu jemputan untuk memberi penerangan berkaitan produk tersebut serta berkongsi pengalaman beliau selama bersama Mary Kay. Beliau adalah antara agent mary kay yang paling berjaya. Puan Carollyn juga memberi peluang kepada para peserta untuk membuat aktiviti amali dengan menggunakan produk Mary Kay tersebut. Terima kasih juga kepada penganjur bersama puan Linda anak Angang dan puan Christina Lanja yang banyak menjayakan bengkel ini.
Aktiviti
* Cabutan Bertuah Mary Kay.
* Taklimat penerangan Produk Mary Kay.
* Amali cara-cara penggunaan produk Mary Kay.
* Sesi bergambar bersama peserta dan tetamu jemputan.
http://balingian.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=80#sigFreeId26f01b226c
LAPORAN DISEMBER 2018 - Program Riang Ria Cuti Sekolah
Tarikh : 17 Disember 2018
Masa : 8.30am - 4.00pm
Lokasi : Pusat Internet Balingian, Sarawak.
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah & Menengah.
Tujuan
Sempena cuti sekolah 2018 yang lepas, Pusat internet Balingian menganjurkan program berbentuk indoor games dan ICT bagi mengisi masa lapang pelajar-pelajar dengan aktiviti yang bermanfaat kepada mereka. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan Carom sekolah menegah, Taklimat KDB serta kuiz KDB, dan coloring online untuk pelajar sekolah rendah. Program ini juga bertujuan untuk menarik minat para pelajar sekolah untuk mengunjungi pusat internet Balingian.
Aktiviti
* Pertandingan Indoor Games (Carom).
* Taklimat Klik Dengan Bijak.
* Pertandingan Kuiz Klik Dengan Bijak.
* Coloring Online.
http://balingian.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=80#sigFreeId77d5e6a26d
LAPORAN OKTOBER 2018 - Program Masyarakat Penyanyang Yang Muda Dipandang Yang Tua Disayang
Tarikh : 20 Oktober 2018
Masa : 8.00pm - 5.00pm
Lokasi : Balairaya Kpg.Pulat, Balingian
Peserta : Komuniti Seluruh Balingian
Tujuan
Mewujudkan komuniti yang penyayang, membangunkan komuniti melalui perubahan sikap dan peningkatan upaya untuk berdiri dengan itu pandangan dari golongan muda harus didengari dan dipandang, walaupun demikian golongan tua harus di beri perhatian serta disayangi. Dalam program ini juga dapat meningkatkan kesejahteraan komuniti melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggujawab yang strategik.
Aktiviti
* Ceramah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Mukah
* Pendaftaran menerima bantuan kebajikan
* Mewarna
* Cabutan Bertuah
http://balingian.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=80#sigFreeId02e5326fbd