LAPORAN JUN 2018 - SYUKRAN RAMADHAN
Tarikh : 6 Jun 2018 bersamaan 21 Ramadan 1439H
Masa : 2.00pm- 5.00pm
Lokasi : Pusat Internet Balingian, Balingian
Peserta : Komuniti Sekitar Pekan Balingian
Tujuan
Program yang mendekatkan kita kepada komuniti Balingian dan merapatkan lagi silaturahim antara komuniti setempat. Ia merupakan program amal yang di anjurkan oleh Pusat Internet Balingian. Pada program kali ini juga turut di bantu oleh Skuad PI Balingian bagi memeriahkan lagi suasana pengagihan bubur lambuk. Semoga program seperti ini akan di kekalkan bagi merapatkan lagi hubungan PI dan komuniti setempat.
Aktiviti
* Pengagihan Bubur Lambuk
http://balingian.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=90#sigFreeIde2adb11040
LAPORAN MEI 2018 - KARNIVAL KEMAS 4 U (SEMARAK DESA)
Tarikh : 5 Mei 2018
Masa : 8.00am- 2.00pm
Lokasi : Dewan Serbaguna Kpg.Masjid, Balingian
Peserta : Komuniti Sekitar Pekan Balingian (Golongan Wanita, Dewasa, Belia)
Tujuan
Salah satu program bersama rakyat dan merapatkan lagi silaturahim antara komuniti setempat. Karnival ini juga mementingkan tahap kesihatan komuniti luar bandar dengan mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada komuniti setempat melalui KOSPEN dan jabatan kesihatan Balingian.
Aktiviti
* Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA. (KOSPEN)
* Pertandingan Poco-poco.
* Pertandingan Bunga Hidup.
* Pertandingan Kek Bingka sihat
http://balingian.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=90#sigFreeId7d0e4933b9
LAPORAN MAC 2018 - PROGRAM KEYBOARD WARRIOR JKKK
Tarikh : 17 Mac 2018
Masa : 8.00am- 13.00pm
Lokasi : Balairaya Kpg.Pulat,Balingian
Peserta : JKKK Kampung Pulat & JKKK Kampung Lintang, Balingian
Tujuan
Program kali ini menumpukan kepada peserta yang melibatkan AJK JKKK dr kampung Pulat & kampung Lintang di sekitar pekan Balingian, memberi penerangan serta latihan berkaitan dengan Microsoft Word dan ia juga bertujuan untuk memperkukuhkan lagi ilmu ICT agar selari dengan dunia masa kini. Selain itu juga, ia bertujuan untuk memberi penekanan kepada AJK dalam setiap JKKK untuk lebih mahir menggunakan komputer untuk kegiatan serta kerja-kerja ICT.
Aktiviti
* Penerangan Apa itu Microsoft Word?
* Penerangan Surat Rasmi & Minit Mesyuarat.
* Sesi menaip oleh peserta program.
* Soal Jawab & Kuiz.
* Pendaftaran Keahlian Pi1M
* Pemeriksaan Kesihatan
* Taklimat Dashboard Komuniti
http://balingian.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=90#sigFreeIdbb9193613c
LAPORAN APRIL 2018 - PROGRAM JOM BERDANGGO
Tarikh : 29 April 2018
Masa : 2.00am- 5.00pm
Lokasi : Pi1M Balingian
Peserta : Belia & Golongan Wanita
Tujuan
Program kali ini menumpukan kepada golongan para belianita dan golongan wanita berkaitan dengan Asas solekkan bagi majlis-majlis yang tertentu. Ia juga sebagai aktiviti mengisi masa lapang dan hujung minggu para wanita di samping mempelajari ilmu kecantikan untuk keperibadian individu sendiri.
Aktiviti
* Penerangan Apa Solekkan?
* Teknik Solekkan & Jenis-jenis Solekkan.
* Sesi Amali bersama peserta.
* Pendaftaran Keahlian Pi1M
* Pemeriksaan Kesihatan
* Taklimat Dashboard Komuniti
http://balingian.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=90#sigFreeIdc9ae9785cf
LAPORAN JANUARI 2018 - PROGRAM PEMAKANAN GAYA HIDUP SIHAT 2018
Tarikh : 24 Februari 2018
Masa : 8.00am- 13.00pm
Lokasi : Balairaya Kpg.Pulat,Balingian
Peserta : Persatuan PERKIM Cawangan Balingian & Komuniti setempat
Tujuan
Program ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Perkim cawangan Balingian yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti di sekitar Balingian betapa pentingnya menjalankan gaya hidup sihat seharian dan seterusnya berkaitan gaya pemakanan yang sihat.Selain itu jugak,ceramah kesihatan dan demonstrasi menu sihat dijalankan.Program seperti ini juga dapat membantu para wanita dalam mengendalikan masakan atau menu yang sihat seharian.
Aktiviti
* Ceramah Kesihatan
* Pemeriksaan Kesihatan
* Demonstrasi Menu Sihat
* Pertandingan Mewarna.
* Senam Kenyalang
* Pertandingan Mewarna
* Cabutan Nama Bertuah
http://balingian.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=90#sigFreeId4459cc22bd