LAPORAN MAC 2020 - Kelas Literasi Digital
Tarikh : 9 Mac 2020
Masa : 9.00pm - 12.00pm
Lokasi : Pusat Internet Balingian
Peserta : Lepasan Sekolah
Tujuan
Program Literasi Digital ini merupakan kelas yang menjalankan aktiviti menaip dan memperkenalkan komponen komputer dan sebagainya. Peserta akan di tugaskan untuk membuat tugasan mengikut subjek yang telah di laksanakan oleh tenaga pengajar. Setelah tamat pembelajaran mengikut bab/subjek, peserta akan menjalani ujian untuk melihat sejauh mana pemahaman peserta tersebut. Program ini juga akan dapat membantu para peserta menambah ilmu dalam penggunaan Microsoft Office secara lebih mendalam.
Aktiviti
* Pengenalan Komputer.
* Mencari maklumat di dalam internet.
* Menaip & Tugasan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN FEBRUARI 2020 - Penulisan Resume
Tarikh : 10 Februari 2020
Masa : 9.00pm - 12.00pm
Lokasi : Pusat Internet Balingian
Peserta : Golongan Wanita
Tujuan
Kelas menaip ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta bagaimana cara menaip dan membuat format menaip pada microsoft word dengan betul dan tepat. Pendedahan dalam kelas ini adalah untuk memudahkan peserta mengetahui langkah-langkah menaip dengan pantas dan tepat. Para peserta juga di ajar cara untuk mencari maklumat di dalam internet.
Aktiviti
* Menaip.
* Mencari maklumat di dalam internet
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN DISEMBER 2019 - Program Tetikus
Tarikh : 9 Disember 2019
Masa : 9.00pm - 11.10pm
Lokasi : Pusat Internet Balingian
Peserta : Lepasan SPM
Tujuan
Berlajar Komputer adalah asas yang sangat penting dalam kehidupan kita sekarang, bagi lepasan SPM yang baru sahaja menghabiskan pengajian di sekolah menengah sangatlah digalakkan untuk mengikuti program seperti ini. Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran para pelajar dalam mengendalikan ilmu ICT dan langkah persedian untuk melangkah ke alam kerja mahupun menyambungkan pendidikan di institut pengajian tinggi.
Aktiviti
* Penerangan & pengenalan Komputer
* cara Menaip dengan betul & pantas
* Sesi latihan menaip dan mencari maklumat dalam internet
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN JANUARI 2020 - Penulisan Resume
Tarikh : 6 Januari 2020
Masa : 9.00pm - 11.30pm
Lokasi : Pusat Internet Balingian
Peserta : Lepasan SPM
Tujuan
Kelas penulisan resume ini dijalankan untuk membantu para peserta untuk menghasilkan resume yang baik dan teratur. Ia sebagai persediaan kepada para peserta yang mana ingin mencari pekerjaan. Selain itu, pendedahan awal untuk mereka mengetahui cara membuat resume dengan betul dan tepat.
Aktiviti
* Penerangan & pengenalan Resume
* cara Menaip dengan betul menggunakan Tamplate khas Resume
* Sesi latihan menaip dan menghasilkan Resume oleh peserta.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN NOVEMBER 2019 - Hari Bersama Pusat Internet Balingian
Tarikh : 2 November 2019
Masa : 7.00pm - 12.30pm
Lokasi : Balairaya Kampung Pulat, Balingian
Peserta : Komuniti sekitar Balingian
Tujuan
Bertujuan untuk melestarikan Pusat internet Balingian sebagai pusat ICT dan kesihatan setempat, ia juga mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan serta persekitaran yang bersih. Merapatkan lagi hubungan Pusat Internet bersama warga komuniti sekitar Balingian dan agensi-agensi yang terlibat
Aktiviti
* Talimat Kesihatan dari Jabatan Kesihatan Balingian
* Taklimat Pemakanan Sihat
* Jom Berus Gigi Oleh Pelajar KEMAS Balingian
* Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA.
* Bengkel ICT - Perkakasan & Perisian
* Pertandingan Poster Kesihatan
* Bengkel Dashboard & Usahawan
* Kuiz ICT
* ZUMBA
* Pertandingan Menu Sihat
* Teka Biji Betik
* Cabutan Nama Bertuah
* Gerai Usahawan
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++